Sunday, October 31, 2010

IBU BUNUH ANAK

Jacksonville - Seorang ibu di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) mengaku salah menggoncang bayinya sehingga maut kerana marahkan anak menggangu nya bermain permainan ladang siber, Farmville di Facebook, lapor sebuah akbar kemarin.

Akbar Florida Times-Union melaporkan ibu itu, Alexandra V. Tobias, 22 - mengaku bersalah di hadapan Hakim Adrian Soud pada rabu lalu kerana membunuh bayinya yang baru berusia tiga bulan.

Permainan Farmville dikeluarkan oleh firma Zynga dan mendawa bahawa 20 juta orang bermain permainan Internet keluarannya termasuk Mafia War, Treasure Isle, Zynga Poker, Cafe World, FishVille dan PetVille. - AFP


Kosmo! 30 Okt 2010