Monday, January 30, 2012

Payung Hujung Minggu!


Aktiviti Hujung Minggu!
Petang Jumaat-Aku kayuh ge Tasek Metro bersama Ahmad, Mahful dan Kuzai. Lepas buat satu pusingan kat tasik- rasa dahaga pulak. Bukan nak kayuh sangat tapi rindu nak jumpa kengkawan. Dahaga rindu roti sardine! Kali ne dengar kabar si Mahful nak payung - maklumlah musim ujan!






















Lepas pekene roti sardin, kami kayuh semula keliling tasik metro. Tiba-tiba sms dari Azhar!
Katanye nak kayuh malam dan jumpa kat belakang hotel jam 0930. Si Mahful kata tak ikut
pasal besuk petang nak kayuh ge Kg Sungai Pusu dan kene simpan tenaga sikit. Si Kuzai dan
En Ahmad tak ikut gak, atas alasan masuk kojer shif pagi. Aku plak memang plan kayuh petang je, pasal esuk pagi ada jemputan dari Shila dan Faez. Selalunye kalu aku nak datang ke suatu
acara, muka aku nak nampak fresh sikit! Tak de le muka macam letih dan tak cukup tido....


Lepas kami bicang dan buat keputusan tak ikut kayuh malam, si Mahful pong balik kayuh arah Sg Tua dan kami bertiga kayuh arah belakang hotel. Kami sampai kat belakang hotel jam 0830 malam. Sementara kengkawan kayuh malam belum sampai, kami teruskan kayuh ke Taman Kok Doh. Rehat kat kedai mamak pekene teh dan En Ahmad plak payunggggggggg!

Selesai acara minum teh, kami kayuh semula arah belakang hotel. Kat sini kami bertemu rakan yang hendak kayuh malam iaitu Azhar, Amiroul, Herlin, Qhyroll, Ajoi GT, Imin Kamin dan Hisham. Kami bertiga bersalaman dan minta maaf pasal tak dapat ikut kayuh malam. Mungkin lain kali kami dapat join kayuhan malam. Sebelum mereka bertolak untuk kayuh malam sempat gak aku klik beberapa photo untuk tatapan kengkawan!




Pagi Sabtu-Aku ge jemputan majlis nikah Shila dan Faez kat Masjid Bukit Antarabangsa. Petang
pulak, jam 0530 petang aku ge kayuh arah ke Kg Sungai Pusu bersama Mahful, Ahmad, Azhar,
Amiroul dan Kuzai. Kayuhan bermula dari kedai basikal Samy kat Batu Cave. Kayuh melalui
Greenwood, Simpang Tiga dan beluk arah ke Batu Lapan Gombak. Kayuh dan terus kayuh melalui UIA dan cuaca hampir gelap. Pemandangan di kiri kanan jalan ialah hutan simpan, ladang getah serta kebun durian. Laluan pulak sedikit bengkang-bengkuk dan berbukit. Kayuh dan terus kayuh hingga mengalir peluh jantan, akhirnye sampai gak kami di papan tanda Kg. Sungai Pusu.

Petang Ahad-Aku kayuh lagi salepas hujan teduh. Jumpa kengkawan kat pintu masuk tasek
iaitu Mahful, Ahmad, Kuzai, Azhar dan Amiroul. Tujuan jumpa kat tasek ne pasal ada member
nak payung! Lepas kayuh separuh tasek terus ge gerai kat Kg Melayu Kepong. Lepas ujan ne
perut rasa lapar pulak. Makan sambil borak-borak aktiviti berbasikal akan datang. Jadi ke nak
kayuh ke Bandar Melaka. Siapa pulak lepas ne nak payung! Hehehe...


Publish Post by Kaki Kayuh!

Sunday, January 22, 2012

Jom Kayuh!


Tarikh : 20hb Jan 2012

Masa : 0900 malam

Geng : Ahmad, Mahfoul, Manjapri, Azhar Thor dan Rimba Bara

Trek : I - Mula belakang hotel, melalui Segambut, Bukit Tunku, Jln Mesjid India, Jln Dang Wangi, Jln Raja Laut, Jln Ipoh, Jln Pekeliling, Jalan Pahang, lalu Setapak dan belok masuk Jalan Gombak.

II- Rehat untuj caj betri kat Plaza Idaman, lepas tu kayuhan diteruskan melalui Jln Gombak,
beluk kiri Simpang Tigo, masuk kanan Taman Batu Muda, Jalan Ipoh dan tamat kat Hotel.


Wednesday, January 11, 2012

Tasek+Dataran+KLCC











Selamat Pagi Kawan!
Pagi-pagi cam ne, kalu nak menaip entri baru - "mai secawan kopi" Barulah mata terbeliak Beb!
Nak story apalagi kalau bukan kisah Sepuloh budak hitam kayuh basikal. Barisan pelakonnye
diketui oleh Hisham, Bro Mahfoul, Kuzai, Ahmad, Mantoba, Rimbabara, Amiroul, Manjapri, Azhar dan Dr. Basikal ( Alamak! lupalah namanye). Kali ne semua guna Mtb dan ada gak yang baru beli Beb! (Kira bike test la tu!) Hahaha...

Kayuhan bermula dari port biasa - kat belakang hotel, lalu kat Segambut, lepas tu kayuh dan
terus kayuh. Masuk ke Jalan Sultan Salehuddin dan lastnye keluar kat Tugu Negara. Masuk
ke Jalan Cenderasari, beluk kiri beluk kanan dan menyusup masuk ke dalam Dayabumi dan
lepak kat Dataran Merdeka. Lama gak rehat kat Dataran, pasal nak kumpul tenaga ...







































Kayuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Masuk Jalan Gereja, Jalan Bukit Nanas terus ke Jalan
Raja Chulan. Lepas tu belok kiri dan masuk ke Jalan Pinang berhenti kejap kat Jalan Ampang.
Apa lagi Beb! Ambik gamba ramai-ramailah...Lepas tu kayuhan diteruskan menyusuri Jalan
Yap Kuan Seng, Jalan Tun Razak - cilok kat celah-celah bangunan dan kayuh melawan arus
menuju Tasek Titiwangsa. Ingatkan nak pekene teh tarik kat Titiwangsa! Gerai-gerai kat
tepi tasek tu semunye udah kene roboh...Huhuhu!

Tekak haussssssssssss! Kayuh terpaksa diteruskan. Kali ne Hisham ajak minum kat Taman Batu
Muda. Kayuh melalui Jalan Pahang dan beluk kiri (kat Masjid Setapak). Kat sini bukit taklah
tinggi, tapi pasal dah keletihan - Amiroul dan Manjapri tak mampu nak kayuhhhhh! Huhuhu!
Tolaklah basikal pelan-pelan. Masa ne lah gunanye peribahasa "Biar lambat asalkan selamat"!
Bila habis je pendakian, nampaklah tiga laluan. Nak ke kiri, tengah atau ke kanan? Kengkawan
yang lapan orang tadi dah tak nampak batang idung! Amiroul kata...ikut rasa hatilah! (Kayuh
ikut kiri). Kayuh punye kayuh tak jugak nampak bayang kengkawan yang lain! Kira dah terpisah
la ne!



Dipendekan cerita!
Last sekali kami berkumpul semula kat kedai mamak Taman Kok Doh.
Bila dah kumpul ramai-ramai, macam-macam hal. Gelak ketawa mewarnai suasana pagi!
"Woi! Dah pagi ne - Xnak balik ke?" Besuk sapa yang kene kojer pagi pasti mengantuk giler!
Last sekali, kepada Geng Kaki Kayuh - Kliklah video Copenhagen Bike City!


Publish Post by Pahat Berbunyi!


Friday, January 6, 2012

Kayuh+New Friends = Happy!


5hb. Januari 2012 - Kuala Lumpur
Kami kayuh malam ke pusat bandar melalui Bukit Tunku, belok ke-
Jalan Mahameru dan masuk ke Taman Tasek Perdana. Menyusuri
jalan di Tasek Perdana yang gelap, lepas tu keluar arah ke Dataran
Merdeka. Berhenti kejap kat depan Mesjid Negara pasal basikal si
Kuzai pancit! Jumpa kawan baru Kakikayuh dan apa lagi klik! klik!
Ambik gambar sebagai kenangan lah!!!! Lepas tu kayuh dan terus kayuh nak cari tempat lepak plak. Rehat kejap kat kedai mamak kat simpang tiga antara Jalan Dang Wangi dan Jalan Raja Abdullah.
































Lepas minum Hisham bawa kami kayuh melalui Jalan Raja Abdullah, belok kiri masuk Chow Kit.
Kat Chow Kit kami singgah kejap kat gerai menjual pelbagai barang keperluan basikal. Azhar
dan Manjapri beli lampu tiga warna! Murah je Rm8.00. Lepas tu kayuhan diteruskan meyusuri
Jalan Ipoh. Tengah syok-syok kayuh, basikal Kuzai pancit lagi. Kali ne pancit depan belakang.
Cuba pam tayar kat petrol pam Batu 4 - angin xnak masuk dah, terpaksalah tolak! Tolak Beb!
Tolak dan terus tolak basikal, akhirnye sampai gak kat umah lebih kurang jam 0100 pagi........!
Walaupong sedikit letih tetapi happy pasal kami kayuh malam ramai-ramai. Pagi Ahad nanti
diorang ajak kayuh kat Frim Kepong - mungkin diorang nak layan mtb kat trek berbukit..........!


Salam dari Geng Kakikayuh!
Publish Post by Pahat Berbunyi



Keterangan gambar: Dari kiri ke kanan ialah Fazzull Ali, Kuzai, Rimba Bara, Man Toba,
Hisham, Azhar, Mahfoul, Ahmad, Amiroul (xde dalam ne-tengah klik!) dan Manjapri.


Publish Post by Pahat Berbunyi