Wednesday, December 29, 2010

ARMENIA BENTRAS ROCK EMO!


YEREVAN
, Armenia 28 Dis.
Tindakan beberapa pegawai polis yang memasuki rumah seorang remaja berusia 13 tahun, Marsha dan mengeledah bilik serta memerikasa komputernya bukanlah kerana dia terlibat dalam jenayah berat.

Kesalahan yang dilakukannaya hanyalah kerana dia menjadi pengikut setia sebuah kumpulan punk rock dikenali sebagai 'emo'
yang mula menjadi budaya baru di kalangan remaja di bekas negara Kesatuan Soviet ini.

Polis di Verevan sedang melancarkan kempen menentang komuniti emo selepas dua kejadian bunuh diri yang dipercayai melibatkan ahli kumpulan berkenaan. Mereka mendawa kumpulan itu merupakan ancaman kepada masa depan generasi muda di negara ini.

Berpuloh-puluh pengikut emo turut ditahan pihak berkuasa walaupun ada pihak mendawa undang-undang di negara ini tidak membenarkan polis bertindak menentang genre muzik itu dan pengikutnya.

Emo yang diambil daripada singkatan 'emosional' itu merupakan sebahagian daripada genre muzik punk rock dan mula dikenali di Amerika Syarikat(AS), sabelum ia menjadi popular di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP


Friday, December 17, 2010

CARIAN TOP TEN - Google!

Salam kepada Blogger!


Dunia Internet harus diakui sangat membantu dalam memudahkan urusan seharian. Namun apa yang di- temukan realitinya, akhbar-akhbar didunia secara perlahan-lahan ditinggalkan oleh pembaca dengan wujudnya Internet.

Hakikat ini pula disokong dengan penurunan nyata akhbar-akhbar di dunia seperti
The Washington Post, New York Times, Chicago Tribune dan Los Angeles Times. Akhbar-akhbar ini mengalami penerunan edaran yang dianggap terburuk dalam masa 40 tahun.

Google Fastest rising of 2010
1. Proton Inspira
2. iPad

3. Benci Bilang Cinta
4. World Cup 2010
5. Justin Bieber
6. facebook
7. Utusan Online
8. Mudah.com.my selangor
9. Digi Games
10.Fifa


Google fastest people
1. Maher Zain
2. Justin Bieber
3. Luna Maya
4. Din Beramboi
5. Lady Gaga
6. Hanis Zalikha
7. Lee Min Jo

8. Adam Lambert
9. Siti Nurhaliza
10.Paul Tan



Maklumat daripada: 10Rencana MM
Ahad 12 Dis 2010-Hafizzahril Hamid

Wednesday, December 15, 2010

ORANG JEPUN BERBASIKAL

PUTRAJAYA 12 Dis 2010
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyarankan agar mencontohi sikap masyarakat Jepun yang gemar mengayuh basikal untuk bergerak sabelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki kereta api. Amalan tersebut merupakan kaedah terbaik majoriti masyarakat negara Matahari Terbit itu menjaga kesihatan mereka.


SUARAHATI :
Memang ramai yang teringin untuk kayuh basikal!
Ge kerja guna basikal, jimat duit minyak dan badan pun sihat. Kalau malu kayuh basikal ge kerja, boleh kayuh keliling tasik atau kayuh keliling kawasan perumahan pada hujung minggu. Sebelum membeli basikal yang berharga RM 500.00 atau RM 1,200.00, selamat kah kita mengayuh untuk pergi ke tempat kerja? Atau selamat kah basikal kita yang di tinggalkan dalam kawasan LRT, Monorail atau dalam kawasan Kereta Api!