Monday, July 25, 2011

M.NASIR RENDAHKAN MARTABAT!

Selamat Pagi!
Hari ne Selasa - 26hb. June 2011
Aku sarapan kali ne dengan air milo yang disejukan semalaman, bersama coklat cake yang dah seminggu tersimpan dalam chiller. Walaupun dah seminggu, aku panaskan semula choklat cake dengan mikrowave untuk mencairkan coklat topping. Sambil minum aku selak akbar pagi ne sehelai demi sehelai. Sampai kat ruangan forum aku baca pendapat dari Jefferi Lazim dari Ipoh, Perak. Aku salin balik tulisan beliau untuk entri kali ne, sebagai bahan bacaan ringan.

" Amat memalukan! Itulah kalimah yang terpacul daripada mulut saya apabila kali pertama terlihat sebuah iklan makanan ringan terbaru melalui sebuah stesen televisen. Sukar dipercayai apa yang saya lihat bagaimana cara iklan itu diolah jalan ceritanya. Menggunakan Datuk M. Nasir sebagi pelakon utama dan membawa watak Hang Tuah membuatkan saya geleng kepala. Biar apa pun matlamat iklan tersebut, bagi saya ia telah merendakan martabat kedua-dua individu yang mempunyai tempat istimewa dalam kalangan orang Melayu. Saya juga sukar menerima kenyataan bagaimana M Nasir boleh menerima tawaran tersebut. Beliau dipanggil 'sifu' dalam industri muzik tanah air. Karya-karyanya berada pada satu tahap yang berbeza dan telah dianggap tersohor. Saya juga salah seorang antara berjuta peminat karya-karya beliau.

Amat malang M Nasir melakonkan watak yang boleh memalukan di mana pada akhir iklan itu, wataknya melayang dan kepala terhantuk pada huruf ejaan produk tersebut. Saya percaya kepala adalah simbol maruah kepada semua kaum apatah lagi dalam adat resam orang-orang Melayu. Lebih malang lagi watak Hang Tuah juga diheret bersama dalam kebodohan watak tersebut. Mungkin iklan tersebut mampu menarik lebih ramai pelanggan dengan menggunakan M Nasir dan watak Hang Tuah. Namun bagi saya, perkara ini benar-benar memalukan orang- orang Melayu.

Hang Tuah adalah pahlawan terbilang yang tiada tolok bandingnya, baik ilmu kepahlawanan, kesetiaan, kebijaksanaan dan pengorbanannya menyerlahkan jati dirinya. Sedihnya, keperwiraan Hang Tuah menjadi bahan lucuan dan mengundang hilai tawa penonton setiap kali disiarkan". - Jefferi Lazim


Wednesday, July 20, 2011

Crown Magazine!: LAST WEEKS XDE HI-TEA!

Crown Magazine!: LAST WEEKS XDE HI-TEA!: "Last weeks xde Hi-Tea! Terima memo dari HR Dept iaitu Road Closure on 9 July 2011 dan memo dari GM, Closure of Weeked Hi-Tea on 9 & 10 Jul..."

Wednesday, July 6, 2011

SEBULAN BERLALU


Salam Bloggr Semua!
Semuga anda semua sihat hendaknya. Sebulan udah berlalu kisah suka-duka, pahit-manis pemimpin dan ahli politik yang mencipta nama melalui kontroversi. Dari kisah mereka mahu tunjuk siapa hero, kisah liwat, rasuah, video seks dan bermacam cerita lagi.

Awal bulan ne pulak, keluar balik kisah Bersih, video seks, pilihan raya Masjid, Castilo bersama komunis Filipina, ahli Perlimen Sungai Siput di tahan dan Ambiga bertemu yang di Pertuan Agung.

Kisah-kisah mereka ini telah meminggirkan isu yang lebih penting seperti isu tuntutan bertindih Kepulauan Spartly, harga rumah yang semakin mahal, kes pembunuhan Sosilawati, proses pemutihan PATI, misi kemanusian dan pelayaran ke Gaza, kemasukan pelancung pelacur yang tidak terkawal, dan berita yang lebih menakutkan saban hari ialah serangan dadah di setiap pintu masuk ke Malaysia.

APA KATA MEREKA!

A. SAMAD SAID
Beliau enggan berfikir mengenai orang Melayu sahaja ketika ini kerana perlu berjuang menuntut demokrasi untuk semua. Pejuang Gerakan Mansuh PPSMI (GMP).

BILA MELAYU BERGADUH
Fakta sejarah telah membukitkan bahawa di mana-mana negara sekalipun, apabila kaum majoritinya bergaduh , ia akan menjadikan titik permulaan kepada kehancuran negara. Datuk S. Nallakaruupan-Persiden Parti Bersatu India Malaysia.

PERHIMPUNAN BERSIH
Tetap akan diterusakan kerana kami tahu polis tidak akan mengeluarkan permit. Kata Ambiga-Pengerusi Bersih

VIDEO SEKS
Persiden Pas menganggap video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga. Ia tidak lebih hanya sebuah besi, sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

Monday, July 4, 2011

PESTA SENI & MAKANAN


Pesta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan diadakan di Perkarangan Kampung Budaya 1Malaysia, Menara KualaLumpur. Pesta bermula pada 1hb July hingga 17 July 2011, itu diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal, makanan dan produk keluran tempatan. Ia dibuka secara percuma mulai 10 pagi hingga 08 malam.