Wednesday, December 7, 2011
Hybrid Mj!
Salam sayang dari Kakikayuh!
Semalam tunggu pangilan dari kedai basikal Samy, pasal ada tempah Hybrid warna gold.
Tunggu punyer tunggu sampailah ke petang si Samy tak call. Akhirnye aku pulak yang call Samy. Katanye basikal baru je sampai dan tengah pasang. Aku pun ajaklah Kuzai temankan aku ambik basikal baru jenama cap ayam. Walaupong ujan lebat petang tu, kami redah je, pasal gian sangat nak ambik basikal baru.
Sampai kat kedai, si Samy kata warna gold tak de. Pulak dah! Tadi masa aku call tak pulak dibagi tau. Hendak tak nak, aku kene ambik gah warna merah putih. Mintalah set botol air free kat Samy. Tak dapat beb! Punyelah kedekut si Samy ne!!! Patunye bagilah aksessori percuma macam kunci, botol air, sarung tangan atau meter ke! Kedekutttttttt!!!
Lepas bayar baki harga basikal aku ajak Kuzai minum sambil tunggu Mahful. Lepas tu kami kayuh menuju Tasik Layang-Layang - kira macam bike testlah beb! Pasal basikal aku ne pulak jenis Hybrid iaitu gabungan basikal road dan basikal bukit. Sesuai sangatlah untuk digunakan di jalanan- pergerakan pulak mudah dikawal dan laju sikit. Basikal ne jugak aku rancang untuk jadikan basikal pengembara. Nak kembara pe mana ya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment