Saturday, November 20, 2010

PENJENAYAH SIBER

NEW YORK 19 Nov 2010
Seorang penjenayah Siber dari Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat(AS) dan mencuri hampir setengah juta nombor kad kredit dan debit, kata pejabat pendawaraya disini.

Lin Mun Poo, seorang rakyat Malaysia, ditahan pada 21 Okt. lalu sebaik sahaja tiba di AS dan didakwa semalam. Dia di- dakwa menggodam rangkaian komputer sebuah cawangan Rizab Persekutuan di Cleveland, Ohio: Bank Pusat AS, dan dalam secara berasingan turut mencuri hampir 400,000 nombor kad dan menceroboh beberapa sistem pertahanannya yang lain.

Ejen Perisikan AS menangkap lelaki berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John E. Kennedy di sini. Ejen merapas komputer riba milik lelaki itu yang mengandungi data akaun kewangan dalam kuantiti yang besar, dan maklumat pengenalan persendirian yang di-perolehinya dengan menggodam.

Selain daripada aktiviti pencerobohan yang dilakukan oleh Mun Poo, Perkhidmatan Perisikan juga mendawa dia berjaya menggodam masuk sistem kontraktor Pentagon yang mungkin menyebabkan maklumat logistik ketenteraan sensitif terdedah. -AFP