Sunday, June 27, 2010

PETERPORN?


ADA setengah orang sampai terkejut macam beruk apabila tahu Ariel Peterpen dan Luna Maya buat vedio lucah. Ada pula begitu nak tahu dengan mendalam, kenapa, apa dan dimana. Semuanya dia nak tahu. Sikap orang kita yang terkejut sampai jadi beruk menunjukan seolah-olah artis tak buat benda-benda itu.

Siti sejak dulu lagi kata Ariel tu sampah Indonesia yang dibawa masuk ke sini. Tapi banyak pula kutu- kutu yang otak bengap menganggap Siti buta seni. Kata mereka Ariel itu maha hebat. Mereka puja. Sebab itu banyak yang menjadi beruk bila tahu Ariel buat viedo lucah.

Tapi Siti sikit pun tak terkejut Ariel dengan Luna Maya buat vedio itu. Apa yang luar biasanaya artis buat benda- benda tak senonoh macam tu? Jangan kata artis Indonesia atau Hollywood, artis kita apa kurangnya. Tengoklah pergaulan artis-artis kita. Cuma yang bezanya mungkin artis kita tak rakam tapi Si Ariel yang bengap tu merakam dan untuk orang seluruh dunia tengok.

Ada yang tanya Siti betul tak Ariel dan Luna Maya dalam video tu? Siti tanya dia, kalau betul dan kalau tak betul, adakah sesuatu yang mengubah hidup kita? Adakah kisah bodoh Ariel ini memberi kesan kepada rutin harian kita? Kalau tak ada kesan apa-apa, tak payah fikirlah..............

Kalau selepas ini Ariel datang buat konsert di negara ini, kita sambutlah dengan karpet merah. Siti bertuah kerana tidak termasuk dalam kelompok yang minat Ariel dan artis-artis yang jadi makhluk perosak.


Siti Jarum@utusan.com.my
Ahad 27 Jun 2010 PANCAINDERA

Tuesday, June 22, 2010

RAHSIA KEKAL MUDA

Lakukan sesuatu yang menyeronokkan diri dan nikmati kerjaya serta hidup anda untuk kekal muda dan sihat pada usia emas. Itulah petua utama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85 - ketika berkongsi rahsia mengekalkan kesihatan dan kecergasan badan p a d a Persidangan Penuaan Sihat Malaysia Kelima hari ini.

" Saya tidak pernah hilang minat dalam politik dan saya nikmati setiap saat sebagai Perdana Menteri dan juga apa jua kerja yang saya lakukan sekarang. Dengan adanya blog, saya dapat mengekalkan minda yang aktif dengan memberi komen terhadap orang lain ( ahli politik) dan ini membuat diri berasa hebat dan gembira. Rasa gembira itu seterusnya mengekalkan keremajaan diri".

"Mereka yang tidak gembira lebih cepat kelihatan tua kerana muka perengus yang kurang senyum dan suka memarahi orang akan lebih cepat kendur berbanding mereka yang kerap senyum gembira" ujarnya. Tambah beliau, tidak perlu untuk berkerja keras dalam sesuatu yang tidak membawa kegembiraan kepada diri sendiri kerana tindakan itu hanya akan mem- percepatkan proses penuaan. Lebih penting lagi, saya tidak merokok dan tidak mahu membelanjakan wang untuk sesuatu yang tidak sedap di mulut dan merosakan paru-paru kita," jelasnya.

" Nikmati kerjaya dan hasil kerja anda, teruja menanti hari esok dan kekal gembira dengan kehidupan anda".

Tun Dr. Mahathir Mohamad-85
Bekas Perdana Menteri



Nurul Anuar Kari

pengarang@utusan .com.my

Saturday, June 19, 2010

BISIK-BISIK

Awang kagum apabila mengetahui terdapat 2 juta
pengendali blog di Malaysia sekarang. Ia antara lain memberi gambaran jelas betapa masyarakat kita telah terdedah kepada dunia teknologi maklumat dalam kehidupan seharaian.

Media alternatif menjadi saluran popular untuk orang ramai melontarkan pandangan dan kritik terhadap pelbagai perkara. Awang tidak nampak sebarang kebimbangan untuk berbuat demikian selagi ia tidak menyalahi undang-undang negara.
Malah terdapat kandongan blog tertentu yang pada pandangan Awang, "terlepas bebas" dalam memperkatakan sesuatu.

Kebebasan media jelas di negara kita walaupun terdapat pandangan khususnya dari Barat yang cuba mempersoalkan tahap kebebasan media kita. Malah, hakikat bahawa terdapat 151 saluran TV satelit, 9 saluran televisyen siaran percuma, 53 stesen radio serta 76 akbar harian yang diterbitkan oleh pelbagai pihak mengukuhkan lagi betapa pihak berkuasa komited dalam percambahan pemikiran dan pergerakan maklumat.

Apa yang perlu, rakyat hendaklah menggunakan saluran yang terbuka luas untuk menzahirkan apa juga pandangan secara beretika.


Awang Selamat

Jumaat 18 Jun 2010

Wednesday, June 16, 2010

MELAYU PERLU BANGKIT!


" Melayu perlu bangkit pertahan hak " Itulah tajuk yang menarik hati ku pagi ne... Laporan oleh Radhuan Hussain - Pengarang.

Masa depan orang Melayu kini dalam keadaan amat genting dan cemas apabila kaum itu semaki kehilangan kuasa yang akhirnya akan menerima nasib seperti minoriti Melayu di Singapura. Jika kaum Melayu di negara ini masih belum sedar untuk bangkit mempertahankan hak mereka, tidak mustahil kaum itu akan menjadi kaum minoriti di negara sendiri.

"Kita (orang Melayu) dalam keadaan amat genting, bukannya kita bangkit untuk merusuh tapi dari segi hak, kita sudah terhakis. Tidak banyak lagi kekayaan yang dinikmati oleh kita. Sedarlah dan bangkitlah agar kita sama-sama susun langkah, bukannya merusuh tapi untuk menuntut hak kita".

Orang Melayu perlu menyalahkan diri sendiri apabila kuasa yang dimiliki semakin terhakis sehingga menyebabkan kaum majoriti bertukar kepada minoriti...


Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perhimpunan Melayu Bangkit
Stadium Negeri - Kuala Terengganu

.........................................................................................................................................................................

Suara Hati MJ : " Zaman dulu ade Angkatan Pemuda Insaf (API) yang pemudanye memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Pemuda hari ne lebih ramai yang jadi batu api, suka menyalahkan kerajaan. Emak-bapaknye pun sama...menyalahkan kerajaan! Padahal dioarang dapat kerja kat jabatan kerajaan, anak-anak sekolah kerajaan...biler nak masuk kolej atau U mulelah terhegeh-hegeh nak pinjam biwasiswa dari kerajaan. Bila dah tamat pengajian, dapat pulak kerja - hutang biwasiswa tak nak bayar! Bapak borek anak-anak rintik...

Itulah orang Melayu sekarang - Terlampau banyak makan belacan, budu dan cencalok! Di- tambah pulak ramuannya dengan duit haram : rasuah, curi tulang, tidak amanah, berjudi, meyeludup petrol, gula, dan tepung. Duit tu ge anak-bini makan...cantihlah tu!. Anak-anak pun jadi degil dan liar pasal darah yg mengalir dalam tubuh mereka tu adalah dari sumber yang tidak sah. Pernah MJ terbaca berita pasal penyeludupan : Wartawan tu tanya kepada Pakcik yang berkopiah, kenape memilih pekerjaan ne...Jawap Pak Cik tu " Ini je koje yang Pak Cik boleh buat, lagi pun sikit je yg Pak cik seludup". Banyak atau sikit - tetap tidak sah!

MJ tau luorang mesti xpuas hati pasal MJ kutuk perbuataan yang suka menyalahkan kerajaan. Jika luorang betul orang Melayu ... luorang xkan marah! Yang suka marah-marah ne Melayu kacukan. Lu orang xkan dah lupa lirik lagu Warisan dari GPMS? Mase kat kolej dulu bukan main lagi ader yang menangis bile nyanyi lagu ne! ORANG MELAYU SELALU LALAI!

Tuesday, June 15, 2010

JENAYAH PERANG ZIONIS!


Salam Blogger!

Sajak menduduki Palestin pada Jun 1967, Zionis telah melakukan banyak pencerobohan, pencabulan hak asasi termasuk pembunuhan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa seperti yang berlaku di Sabra dan Shatila kira-kira 28 tahun lalu.

" Serangan ke atas hospital, stor bekalan makanan dan ubatan PBB, sekolah , masjid serta kemudahan awam jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan negara itu sebenarnya boleh didakwa kerana melakukan jenayah perang".

Malah berdasarkan laporan kumpulan Hak Asasi Manusia, iaitu Amnesty International semasa serangan 21 hari Israel ke atas Gaza pada Disember 2008, rejim itu didakwa secara terang-terangan menggunakan fosforus putih keatas kawasan yang padat dengan penduduk di Gaza secara rambang sehingga menyebabkan penderitaan kepada rakyatnya.

"Bagaimanapun selagi AS dan sekutunya terus memberi perlindungan kepada rejim Israel, maka selagi itulah Isreal terus kebal daripada sebarang tindakan".

Prof. Dr. A
Nizamuddin Sulaimanhmad
Profesor Sains Politik - UKM

Sunday, June 6, 2010

TEKANAN DALAM KERJA!



Kerja jangan tak kerja Bro!

" Krisis timbul pada bila-bila masa dalam hampir semua bentuk kerja. Apabila ia ada, anda akan merasa tertekan dan tidak dapat memberi tumpuan dalam tugasan. Ada orang boleh menerima tekanan dalam kerja malah menganggapnya sebagai satu cabaran yang begitu menggembirakan manakala ada yang tidak dapat menerima tekanan kerana ia menggangu fikiran. Sama-ada anda boleh menerimanaya atau tidak, tekanan ini meninggalkan kesan yang besar terhadap keberkesanan perlaksanan tugas dan seterusnya kejayaan kerjaya masa depan. Tekanan sebenarnya boleh dikawal sekiranya anda tahu dan mahu mengatasinya dengan menggunakan beberapa strategi ".


Noraini Ahmad
Motivasi Kerja
Ketua Jab. Kaunseling
Universiti Islam Antarabangsa

Friday, June 4, 2010

MISI KAMI TIDAK GAGAL!



Salam Jumaat 4 Jun 2010...

Misi kami tidak gagal kata Aktivis Noorazman Mohd Samsuddin, Pengerusi Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan) mengenai Misi Bantuan Gaza. Menurutnya, apa yang berlaku terhadap aktivis kemanusian semasa cuba memasuki Gaza melalui kapal Mavi Marmara mempunyi hikmah nya tersendiri apabila berjaya mendedahkan sikap Israel. Walaupun gagal melaksanakan misi itu sekurang-kurangnya dunia sudah maklum dengan kezaliman Israel.

Noorazaman - Haluan
Jumaat 4 Jun 2010