Monday, October 31, 2011

Xds Forum @Kuala Lumpur!




















Salam Bro!
Sempat gak aku dan kengkawan singgah kat hotel pasal ada Xds Forum. Bukan nak dengar forum pun, saja nak tenguk basikal baru keluaran Syarikat Evanda Sdn Bhd. jenama Xds. Memang best! Ada Folding Bike, Racing Bike, Retro Bike, Touring dan Fixed Bike. Masa ne syarikat ambil kesempatan buat promotion dengan potongan harga, tapi kene beli masa tu jugak!

Kalau luorang nak tau, photo- pic atas sekali sebelah kanan tu bakal jadi pengedar basikal jenama Xds. Bukan yang pakai kemeja-T hijau tu, yang sebelah dia tu! Nama kedai 'tauke' basikal tu nanti Cafe@Kakikayuh!
Kalau dah bukak kedai tu nanti, luorang singgahlah, Boleh beli aksesori + kelengkapan asas basikal atau minum secawan coffee!











Saturday, October 29, 2011

POTATO SALAD!

Happy Sunday Geng!

Pagi ne aku buka fb dan terima permintaan dari Shila Majid pasal recipe Potato Salad. Sebenarnye lama gak aku dah tak masak dan dah lama pulak tak cipta menu baru. Untuk permintaan Shila kali ini, aku masukan recipe ne untuk entri terbaru Pahat Berbunyi! Salad Kentang atau bahasa menu Potato Salad ada bermacam-macam cara dan nama panggilan dalam menu. Asalkan kita tau 'basic' untuk penyediaan salad kentang.




Basic!

Ade dua jenis kentang dipasaran iaitu kentang kulit putih dan kulit sedikit kuning. Terpulang kepada anda untuk membelinye. Selalunye salad kentang digaul dengan sedikit mayonnaise dan ditambah dengan telur rebus untuk menambahkan rasa. Kentang boleh direbus atau steamed dengan kulit di kupas terlebih dahulu. Kalau anda merebus kentang jangan sampai overcook. Anda boleh gunakan commercial atau home-made mayonnise. Untuk jalan pintas gunakan mayo yang ada dipasaran. Mayo commercial ne selalunye rasa lebih masam. Aku lebih suka tambah sedikit gula atau campur sedikit coleslaw dressing.

Kentang
Mula-mula basuh kentang dan kupas kulit. Lepas tu potong dadu dan rebus. Untuk pastikan kentang dah masak, cucuk dengan lidi atau ambil sepotong dan rasa. Lepas tu rebus seketuldada ayam dan potong dadu. Gaul kentang bersama ayam, mayo dan taburkan sedi kit daun pasley yang sudah dicopped atau spring onions yang sudah dipotong.

Beef Bacon Potato Salad!
Asasnye sama iaitu kentang rebus digaul dengan chopped becon, sedikit mayo, sedikit sour cream, chooped fresh daun parsley, sebiji telur rebus dan sedikit perahan lemon juice.

Sauted Potato!
Salad ne pun mudah kalau nak sediakan. Panaskan pan dan letak sedikit butter atau minyak jagung. Masukan bawang merah (chopped) dan tumis. Masukan kentang rebus yang telah dipotong dadu, tambahkan sedikit serbuk lada putih dan garam. Satelah kentang masak dengan warna keperangan, angkat dan hidangkan. Taburkan sedikit spring onions sebagai hiasan! Ada gak salad kentang yang digaul dengan cuka, mayo, chopped bawang, chopped fresh parsley dan digaul dengan sebiji telur rebus yang udah dilenyek. Untuk rasa kelainan pulak, anda boleh buat gak Garlic Mashed Potato!

Untuk entri akan datang aku akan bagi cara-cara asas buat Garlic Mashed Potato. Jumpa lagi di entri akan datang. Semua masakan aku ne simple, fast kerana step by step recipes.


Publish post
by Kakimasak!



Tuesday, October 25, 2011

AKTIVITI SENI @ Monorel!


Kuala Lumpur -Stesen Monorel Bukit Bintang bakal dimeriahkan
dengan pelbagai aktiviti kesenian dan muzik pada setiap hujung minggu sempena Minggu Apresiasi Seni anjuran RapidKL Monorail bermula pada 29 Oktober 2011.

Ketua Pegawai Operasi RapidKL Monorel, Abdul Hadi Amran berkata, aktiviti yangmendapat kerjasama daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu akan membawa tema berbeza setiap minggu dengan tema Minggu Muzik Tradisional dipilih pada minggu pertama. Selepas Minggu Muzik Tradisional, ia akan disusuli pula dengan tema Minggu Batik, Kraftangan, Perkahwinan dan Minggu Seni Gubahan!

Monday, October 10, 2011

KONGSI BASIKAL!











New York
- Satu demonstrasi berhubung sistem perkongsian basikal dilakukan di bandar raya ini pada Khamis lalu. Sistem perkongsian itu dikendalikan oleh pihak Perkongsian Basikal Alta yang memenangi kontrak daripada pihak pengurusan bandar raya ini untuk meletakan 10,000 buah basikal di lebih 600 stesen di Manhattan dan sebahagian Brooklyn. Basikal itu akan digunakan oleh orang ramai dan kos pengurusan sistem tersebut dibiayai menerusi penajaan dan yuran kos rendah. -



AFP