Sunday, June 26, 2011

Crown Magazine!: FOOD COURT KITA!

Crown Magazine!: FOOD COURT KITA!: "Rabu - 1 Jun 2011 Semalam berita dari Reuters mengatakan wabak bakteria E.coli berpunca daripada timun tercemar sudah meragut 14 nyawa dan..."

Friday, June 3, 2011

UDA HILANG TERUNA!

Salam Jumaat kepada Blogger!
Tiba-tiba je kecok pasal isu projek BBCC.
Sehinggakan TPM bagi pihak kerajaan mengarahkan UDA Holdings Bhd. menyediakan satu laporan lengkap mengenai kedudukan sebenar kontrak pelaksanaan pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang bernilai RM6.7 bilion, yang didakwa meminggirkan syarikat bumiputra. Polemik bermula antara Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang) dan beberapa Yang Berhormat lain mengenai UDA.

Isu pembangunan bekas tapak Penjara Pudu mula hangat apabila pengurusan UDA Holdings Bhd. menyatakan minatnya untuk melantik sebuah syarikat hartanah terkemuka dari China bagi membangunakan BBCC atas alasan tiada syarikat bumiputera yang layak. Pengerusi UDA Holdings Bhd. Datuk Nur Jazlan Mohamed memberi jaminan langkah tersebut tidak akan menjejaskan syarikat bumiputera kerana bakal wujud situasi menang-menang antara kedua-dua pihak.

Itulah sedikit gambaran mengenai kekecohan projek BBCC. Sabelum kita ge jauh, apa kata kita jenguk sejarah kealahiran UDA ( Perbadanan Pembangunan Bandar) pada 12 November 1971 dengan harapan yang tinggi, bagi menggalas amanah mengisi kemerdekaan. Pada masa tu
tanggungjawab UDA ialah menjalankan projek dalam kawasan pembangunan bandar dengan fokus untuk mencapai keseimbangan peluang antara kaum dalam bidang perdagangan dan industri, perumahan dan aktiviti-aktivit lain.

Seingat aku pejabat UDA yang pertama ialah di Jalan Ampang. Kemudian kakitangan bertambah dan pindah pejabat di Bangunan Bintang-Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Masa ne staff masuk kojer tak pakai punch card. Tulis je nama dalam buku, dan meja kerusi di susun macam dalam kelas kat sekolah. Kiri dan kanan dibina bilik-bilik untuk pegawai. Masa tu memang ramai pegawai! Xtau diaorang nak buat koje apa...Hehehe! Setiap aras masa tu ada dipasang cctv tetapi xpernah nampak monitor. Dapat tau juga akhirnya, monitor di pasang dalam bilik pejabat Pengerusi UDA. Pelik jugak ya...Pengerusi UDA ada extra tugas sebagai Chef Security Officer.

Satelah perpindah- randah menyewa bangunan pejabat, akhirnya UDA memiliki bangunan pejabat sendiri di sebelah BB Plaza. Tahun 80'an melihat kejayaan UDA membangunkan sa-buah kompleks belibelah bersebelahan Sungei Wang Plaza. Bagi mengimbangi kedudukan taraf ekonomi antara kaum terutama di Kuala Lumpur, BB Plaza telah menyediakan permis perniagaan bagi kaum bumiputera berniaga di kawasan mewah yang dikenali dengan jolokan segitiga emas.

Masa tu memang seronok kalu ge BB Plaza. Ramai orang Melayu berniaga kat situ. Ada Restoran Rasa Utara, Satay Anika, Nuri Bekery, Kedai Kasut, Butik dan paling hebat ialah pasaraya Metro Jaya. Dulu kalu aku ge BB Plaza selalu melepak kat Nuri Bake makan blueberry pancake! Berhadapan BB Plaza plak ada restoran yang di usahakan oleh pihak MARA iatu Sate Ria. Lepas tu aku xtau apa dah jadi dengan UDA. Salepas ubahsuai kompleks secara besar-besaran, Restoran Rasa Utara telah berpindah ke tempat baru iaitu di basment. Mungkin peniaga Bumiputera tidak mampu membayar sewa bulanan!

Tahun 1999, UDA disenaraikan dalam Bursa Saham satelah mendapat kelulusan kerajaan memansuhkan akta Perbadanan Pembangunan Bandar pada tahun 1996. Alasan UDA ketika itu ialah kerana UDA perlu bersaing dengan syarikat swasta dan kemampuan bersaing adalah terbatas disebabkan UDA terikat dengan prosedur dan peraturan kerajaan. Semasa pembentangan di Perlimen, dinyatakan juga UDA tidak akan menjejaskan dasar dan objektif penubuhan dan hasrat kerajaan untuk melaksanakan projek- projek sosial dalam menyusuan semula masyaraakat. Boleh caya ke alasan diorang?

Diaorang ne iaitu yang digelar "Sembilan Bersaudara" kononya mahu meningkatkan moral dan kesetian kakitangan apabila telah membeli saham 25% daripada saham UDA. Tapi sebab ada agenda tersembunyi yang lebih penting, akhirnya dua tahun kemudian saham itu dijual. Cakap tak serupa bikin! Satelah UDA diswastakan, dasar dan objektif penubuhan serta hasrat kerajaan untuk menyusun semula masyarakat-hanyalah omong-omong kosong!

Aku dengar tapi aku tak lihat beb! Sembilan Bersaudara ne tidak lagi bekerja dengan UDA satelah mendapat imbuhan lebihkurang RM5 juta setiap seorang. Alasan masa pembentangan kat Perlimen dulu jika UDA menjadi syarikat swasta boleh memberi insentif perkhidmatan kepada pegawai-pegawai UDA, sambil mengharap dapat meningkatkan moral dan kesetian. Nak setia macam mana? Kalu dah dapat RM5 juta-tentulah berhenti kojer! Aku pong kalu dapat camtu-tentu aku berhenti kojer! Hehehe...

Sembilan Bersaudara ne patutnye buat satu syarikat. Ambik projek-projek UDA, barulah sesuai dengan tujuan berniga iatu fokus kepada keberuntungan. UDA plak balik ke pangkal jalan iaitu melaksanakan program pembangunan usahwan dan menyusun semula masyarakat! Bermodalkan lebih kurang RM50 juta, Syarikat Sembilan Bersaudara ini boleh bermula dengan projek yang diberi oleh UDA. Malangnya, apabila dah bergelar jutawan! Masing-masing nak goyang kaki. Kira macam orang pecenlah! Duduk umah jaga cucu, siram bunga dan ge Mesjid.

Pada tahun 2006,UDA dah balik ke pangkal jalan. UDA dah insaf agaknya! Hasrat UDA supaya dapat memfokuskan matlamat asal iaitu keseimbangan ekonomi antara kaum dengan meningkatkan pemilikan hartnah bumiputera dibandar. Dah berapa kali aku sebut pasal tujuan asal UDA ditubuhkan! Tujuannya bukan nak cari untung Beb! Tapi orang Melayu ceapat lupa. Bila UDA telah dimiliknegarakan, bererti kembali kepada Akta 46, Pembangunan Bandar1971 yang diluluskan Parlimen. Bukan suka-suka buat sistem! Kalu sistem iHR atau MAPS tu boleh membantu peniaga Melayu takpe lah!

Aku ingat takat ini sajalah! Temer kasih kepada yang mencetuskan polemik ni-iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan temer kasih juga kepada Dr Siti Nabiha Abdul Khalid ( Pensyarah di Universiti Sains Malaysia) yang telah menulis mengenai agenda bumiputera UDA.


Pahat: Tak berbunyi ketika UDA hilang teruna (diswastakan) pada tahun 90'an! Masa tu tukul dah hilang! Harap UDA, satelah hilang teruna jangan plak jadi pondan!