Wednesday, March 2, 2011

PESANAN TERAKHIR



"
Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan tidak akan membantu. Saya tersilap langkah dan itu diluar kawalan saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta dan sekiranya mengingkari kehendak ibu. Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya. Sekarang saya ingin pergi dan tidak akan kembali. Lihat saya tidak menangis dan tidak ada air mata saya yang jatuh. Kita tidak ada ruang untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah rakyaat ini. Saya tidak merasa kehidupan yang biasa dan sentiasa dalam keadaan yang salah." - Mohamed Bouazizi

Kemuncak kepada kemarahan rakyat
Tunisia pada 17 Disember 2010, seorang pemuda, Mohamed Bouazizi 26, bertindak nekad membakar dirinya dengan menyimbah minyak petrol keseluruh tubuh. Mohamad yang hidup susah sejak kecil, merupakan seorang yang bertanggung jawab dan rajin menjalankan perniagaan buah-buahan serta sayur-sayuran di jalanan sekitar bandar Sidi Bouzid bagi menampung keluarganya.

Bagaimanapun satu hari, pihak berkuasa telah merampas barangan jualannya dengan alasan dia tidak mempunyai lesen. Tidak cukup dengan itu Mohamed diludah dan ditampar seorang pegawai penguatkuasa wanita yang tidak berperikemanusian. Tidak puas hati dengan tindakan itu, Mohamed berjumpa dengan Gabenor Sidi Bouzid untuk membuat aduan tetapi tidak di- endahkan. Kecewa dan hilang arah kerana merasakan dirinya tidak lagi berdaya membantu keluarga, Mohamed menulis satu pesanan terakhir kepada ibunya dilaman facebook sebelum membakar diri.

Berita mengenai kematiannya tersebar di seluruh negara itu walaupun kerajaan Zine el-Abidine mengamalkan sekatan kebebasan bersuara terhadap media dan rakyat. Kejadian itu memarakkan kemarahan dan semakin menimbulkan kebencian seluruh rakyat Tunisia kepada presiden dan isterinya yang terkenal sebagai pemimpin yang menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan sendiri.

Akhirnya kurang dari enam hari selepas peristiwa Mohamed membakar diri, kerajaan diktator Tunisia yang diterajui Zine el-Abidine selama 23 tahun tumbang pada Januari 2011.

Dari : Faizatul Farhana