Thursday, March 29, 2012
Kayuhan 32 Kiometer!
Salam Geng!
Ketika aku menaip ne, kat luar sana kengkawan sedang buat aktiviti berkayuh pada waktu malam. Memang diorang ajak aku sekali berkayuh, tetapi aku terpaksa tolak pasal nak taip entri terbaru Kayuhan 32 Kilometer! Sabelum ne banyak entri yang aku publish hanya ada photo tanpa story.
Petang Selasa, 27 Mac 2012 lalu, kami berkayuh arah ke JHEOA - Gombak. Kayuhan bermula
dari port biasa kat belakang hotel, lepas tu kayuh melalui Tesco Extra Jalan Ipoh, belok kanan
arah kedai basikal Samy kat Batu Caves. Kat sini Mahfol selalu tunggu kami sekiranya nak
kayuh arah Gombak. Dari situ kayuhan diteruskan melalui Simpang Tiga, Sekolah Gombak Utara, Pekan Cowboy Batu 8 dan berhenti rehat kejap kat Batu 10, pasal rantai basikal salah sorang Geng Kayuh ada masalah.
Sepanjang berkayuh menuju JHEOA, kami sering berselisih dengan lori balak. Untuk keselamatan, berkayuh berkumpulan adalah lebih selamat berbanding kayuh bersaorangan. Kekalkan step kayuhan dan jangan terlalu dekat atau terlalu jauh meninggalkan kumpulan. Kayuh berkumpulan bukan untuk berlumba, ia hanyalah sekadar alternatif kepada gaya hidup sihat dan cergas.
Akhirnya sampai juga kami tempat yang dituju. Masing-masing, walaupun kepenatan dan udah banyah peluh jantan yang keluar, kami tetap berasa puas apabila dapat menamatkan kayuhan sejauh 16 kilometer. Kat sini kami berehat kejap di warung berhadapan pintu masuk Hospital JHEOA. Kita minum dulu Bro!
Si Kuzai macam nampak letih aje. Biasalah tu Bro, sebab kayuhan tadi lebih banyak kepada
pendakian. Nanti bila kita balik arah ke Simpang Tiga, kayuhan lebih santai kerana menuruni
bukit. Minggu depan cadang nak kayuh kat sekitar Bukit Belimbing dan Bukit Melawati, Kuala
Selangor. Harap-harap jadilah ge kayuh kat sana!
Thursday, March 15, 2012
Friday, March 9, 2012
Tuesday, March 6, 2012
Thursday, March 1, 2012
'FT Day 2012Fun Ride'
Kuala Lumpur - Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SHEB dan
Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur telah dibuat sempena program 'FT Day 2012 Fun Ride'
disini hari ini. Mengulas mengenai program berbasikal secara santai yang akan diadakan pada
4 Mac ini, Tengku Azman berkata, penyertaan masih dibuka dan orang ramai digalakan mendaftar awal. Progam yang pertama kali dianjurkan ini adalah percuma dan setiap penunggang diwajibkan memakai topi keledar untuk keselamatan.
Kayuhan sejauh 10 kilometer itu akan bermula di Kompleks Kraf, Jalan Conly dan berakhir di lokasi yang sama pada jam 11 pagi. Orang ramai yang berminat menyertai aktiviti itu boleh mendapatkan borang melalui laman sesawang ftday2012funride.blogspot.com atau menghubungi 019-2020 491 untuk maklumat lanjut.
Publish Post by Pahat Berbunyi!
Subscribe to:
Posts (Atom)