Friday, April 27, 2012

Kayuh Bersama Taufik!


Salam sayang dari kami Geng Kakikayuhhhhhhhhhhhhh!


"Salam..malam ni kayuh nk? Masuk kl...ikut trek lama..ajak la bdak selayang tu  skali..bro Mahfol ok katanya..suruh dia gerak sekali" bunyi sms yangaku terima dari En Ahmad. Lepas tu sms pulak Mahfol, Taufik dan Amiroul. Diorang semua jawab jadik! Amiroul pulak balas sms  "mlm ni kite buat kayuhan mkn satay kt gombak...jom...hehehehe..start awal". 


















Amiroul yang cadang nak makan satay tapi yang kene payung si Taufik.Tak apalah ya Taufik! Anggap aje makan malam ne sebagai "Salam Perkenalan". Hehehe! Nanti kalu Singh tu join kita, suruh Singh tu pulak payung! Hahaha...


Kami mula kayuh jam 0830 malam melalui Taman Kok Doh, masuk Bukit Tunku dan keluar kat Bank Negara. Lepas tu rehat 15 minit kat Dataran Merdeka. Kat satu sudut nampaklah kelompok umat yang sedang buat demo pasal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasinol (PTPN). Tak ramai punnnnnnnnnnnnn! Kami tenguk lagi ramai ialah pasukan penguat kuasa DBKL. Ahhh! Diaorang ne saja-saja buang masa kot! Nanti kalu dah tua dan anak-anak  nak belajar kat luar negara, jangan pinjam duit kerajaan tau- Pinjam je kat Along!


 Lepas rehat kat Dataran kejap, kami teruskan kayuh melalui Jalan Dang Wangi. Lepas tu terus kayuh ikut Jalan Raja Laut dan kali ne ikut bulatan Jalan Pahang. Terus kayuh!
melalui Setapak dan masuk ke Jalan Gombak. Sampai kat kawasan yang kami nak tuju iaitu gerai satay! Makan sambil chit-chat dengan kengkawan terutama si Taufik.

Ini lah Mtb Xds - 30 speed si Taufik!
Amiroul bersama Mtb Gt!

Kami rehat lama kat Gombak. Lepas selesaikan hidangan satay, kami gerak melalui Jalan Gombak. Kayuhhhhhhhhhhhhhhhh dan terus kayuh. Melalui Simpang Tiga, Greenwood dan simpang perpisahan di hadapan Batu Caves. Taufik dan Mahfol terus kayuh arah Selayang dan Sungai Tua. Kami bertiga pulak terus berkayuh arah               port terakhir kami iaitu di belakang hotel melalui Jalan Ipoh! Lepas ne kami janji nak kayuh petang ke Kg Sungai Pusu! Jumpa lagi!!!


Tuesday, April 24, 2012

LAMA TAK KAYUH!

Fixie Biru!

Seminggu tak berkayuh pun dah kira lama Beb! Kalau dah ketagih berbasikal-dapat ge kedai basikal pun ok ler! Baru-baru ne antar basikal hybrid biru kat kedai Robert. Tukar tiup dan ganti bereng baru. Tengah asyik melayan tukang basikal, ujan pun turun. Kitaorang pun lepak lamalah kat kedai mamak. Lepas ujan berhenti, kami gerak ke rumah Ammar kat Bukit Mulia.  Ammar kata kalu nak cepat, ikut Mmr2 dan lepas tu masuk ke Ukay Perdana. Lepas antar basikal kat umah Ammar, kami singgah kat kedai basikal di Taman Melawati-Kuala Lumpur. Kat kedai ne (Bicycle World), macam-macam jenama ada. Yang terbaru tentulah jenama DABOMB! Basikalnye memang menarik dan harganya pulak kami  tak tertarik. Pasal basikal Dabomb ne yang tak bestnye ada lambang salib kat depan. Sekarang ne kat basikal pun ada unsur-unsur Kristian! Luorang yang taat dengan agama Islam tak payahlah beli jenama Dabomb. Kepada peminat basikal jenama lain boleh singgah kat sesawang www.bicycleworldmalaysia. blogspot.com
 
Fixie Xds-Buat Hiasan!
Giant & Xds
Fixie udah upgrade ke Hybrid!
Nak try kayuh "Jamis" pulak!
Mahfol possing simpang Jln Raja Musa!