Sunday, July 15, 2012

GENG KAYUH!


Salam Bro! Rabu lepas Geng Kayuh udah pergi berkayuh ke Frim. Rijal adalah member baru yang turut serta. Sebelum puasa bermula diaorang nak berkayuh lagi kat Frim. Lepas tu aktiviti berkayuh terpaksa di kurangkan! Faham-faham ajalah kan bila udah puasa.Si Rijal pertama kali berkayuh memang jadi mangsa kene tinggal lah! Hehehe...


Selamat Berpusa kepda Geng Kakikayuh terutama Bro Mahfol, En Ahmad, Kuzai, Amiroul, Rijal, Hisham, Ady Yusof, Saiful@Thor, Manjapri, Rimba Bara, Ajoi GT, Mantoba, Uan Mohd, Scott Recon, Muhd Ariff, dan Shieda. 


Saturday, July 7, 2012

Kayuhan Sabelum Ramadhan!


Jom Kayuh Malam! Aku terima SMS ajak kayuh malam. Lama gak aku tak join kayuh malam dengan kengkawan. Lepas sembahyang Magrib, aku pun mula berkayuh menuju check point. Akulah yang sampai dulu, lepas tu si Ady Yosuf, Hisham dan isteri. Tak lama kemudian otai Mahfol tiba dan di- susuli si Kuzai, Amirol dan si Thor. Tunggu punya tunggu barulah En Ahmad muncul dengan  senyum  kambing  sambil  menyorong  basikal  baru. Wow! Baru beli GT plak!


Jam 0845 kami mula berkayuh menuju pusat bandar melalui Segambut, Jalan Duta dan berehat sekejap berhampiran Tugu. Lepas tu kayuhan di teruskan melalui Jalan Perlimen, Jalan Raja Laut dan berhenti minum di kedai mamak Jalan Ipoh. Cam biasalah kalau dah lepak-ada yang buat lawak, dan mulalah gelak ketawa. Hilang sekejap rasa letih berkayuh! 

Satelah selesai bayar harga minuman, kami teruskan kayuh menuju check point terakhir. Dalam perjalanan, Ady, Hisham dan isteri sampai udah tempat yang di tuju, Mahfol pulak meneruskan kayuhan sacara solo arah ke Sungai Tua. Aku, Thor, Kuzai, Amirol dan En Ahmad meneruskan kayuhan! Terus kayuhhhhhhh!