Monday, October 29, 2012

KAYUH SELEPAS HUJAN!


Add caption

Add caption
Add caption



Monday, October 1, 2012

FOUR MEN RAIDER@ Empangan Batu!




Berkayuh menuju Empangan Batu! Berkumpul kat ummah Otai Mahfol di Sungai Tua, dan ge sarapan dulu sebelum mula berkayuh jam 0900 pagi. Kali ne yang berkayuh ialah Zaidi, Mj, En Mat dan Otai Mahfol. Laluan bermula dari kawasan perumahan, masuk lorong belakang tepi tasik dan mendaki bukit tanah merah. Lepas tu kayuh menuruni bukit, laluan single treck tanah keras dipenuhi akar. Sesekali kami kayuh melalui jalan berlumpur, berpasir dan beberapa parit. Pemandangan tasik disebelah kanan dan kebun di sebelah kiri.

Kayuh dan terus kayuh! Melalui kawasan berpaya dan melintasi anak sungai. Kayuhan di teruskan menuju sungai untuk berehat. Kat sungai ne kami ambik peluang untuk klik beberapa keping gambar sebagai bukti yang kami udah sampai kat sini. Sekitar sungai ne yang kelihatan ialah kebun buah-buahan seperti pohun durian dan rambutan. Ada gak beberapa pokok getah tua yang udah ditoreh. Di seberang sungai pula, pohun-pohun yang menghijau sambil kupu-kupu sesekali hinggap di batu sungai. Kesan babi hutan disekitar sungai ne memang jelas kelihatan, tapi siang-siang camne memang sukar nak jumpa babi hutan.

Lebih kurang jam 1045 pagi, kami tinggalkan kawasan sungai dan berkayuh menuju tasik. Laluan balik kali ne sedikit mudah kerana tidak banyak pendakian. Hampir jam 1200 tengahari kami keluar dari kawasan off road. Ahad depan, kami bercadang nak datang berkayuh ke Empangan Batu melalui track lain. Jumpa lagi!