Wednesday, December 15, 2010

ORANG JEPUN BERBASIKAL

PUTRAJAYA 12 Dis 2010
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyarankan agar mencontohi sikap masyarakat Jepun yang gemar mengayuh basikal untuk bergerak sabelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki kereta api. Amalan tersebut merupakan kaedah terbaik majoriti masyarakat negara Matahari Terbit itu menjaga kesihatan mereka.


SUARAHATI :
Memang ramai yang teringin untuk kayuh basikal!
Ge kerja guna basikal, jimat duit minyak dan badan pun sihat. Kalau malu kayuh basikal ge kerja, boleh kayuh keliling tasik atau kayuh keliling kawasan perumahan pada hujung minggu. Sebelum membeli basikal yang berharga RM 500.00 atau RM 1,200.00, selamat kah kita mengayuh untuk pergi ke tempat kerja? Atau selamat kah basikal kita yang di tinggalkan dalam kawasan LRT, Monorail atau dalam kawasan Kereta Api!


Saturday, November 20, 2010

PENJENAYAH SIBER

NEW YORK 19 Nov 2010
Seorang penjenayah Siber dari Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat(AS) dan mencuri hampir setengah juta nombor kad kredit dan debit, kata pejabat pendawaraya disini.

Lin Mun Poo, seorang rakyat Malaysia, ditahan pada 21 Okt. lalu sebaik sahaja tiba di AS dan didakwa semalam. Dia di- dakwa menggodam rangkaian komputer sebuah cawangan Rizab Persekutuan di Cleveland, Ohio: Bank Pusat AS, dan dalam secara berasingan turut mencuri hampir 400,000 nombor kad dan menceroboh beberapa sistem pertahanannya yang lain.

Ejen Perisikan AS menangkap lelaki berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John E. Kennedy di sini. Ejen merapas komputer riba milik lelaki itu yang mengandungi data akaun kewangan dalam kuantiti yang besar, dan maklumat pengenalan persendirian yang di-perolehinya dengan menggodam.

Selain daripada aktiviti pencerobohan yang dilakukan oleh Mun Poo, Perkhidmatan Perisikan juga mendawa dia berjaya menggodam masuk sistem kontraktor Pentagon yang mungkin menyebabkan maklumat logistik ketenteraan sensitif terdedah. -AFP

Sunday, October 31, 2010

IBU BUNUH ANAK

Jacksonville - Seorang ibu di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) mengaku salah menggoncang bayinya sehingga maut kerana marahkan anak menggangu nya bermain permainan ladang siber, Farmville di Facebook, lapor sebuah akbar kemarin.

Akbar Florida Times-Union melaporkan ibu itu, Alexandra V. Tobias, 22 - mengaku bersalah di hadapan Hakim Adrian Soud pada rabu lalu kerana membunuh bayinya yang baru berusia tiga bulan.

Permainan Farmville dikeluarkan oleh firma Zynga dan mendawa bahawa 20 juta orang bermain permainan Internet keluarannya termasuk Mafia War, Treasure Isle, Zynga Poker, Cafe World, FishVille dan PetVille. - AFP


Kosmo! 30 Okt 2010

Thursday, September 23, 2010

BENDERA PROTES LAGI!

Jakarta 22 Sept. - Kira-kira 500 rakyat Indonesia melancarkan protes bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta hari ini untuk mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah dari negara ini oleh majikan Malaysia.

"Malaysia sudah melampau, Sekali lagi mereka menyeksa dan merogol pembantu rumah kami. Kami sudah hilang sabar. Mereka menghina Indonesia dan rakyatnya," kata anggota kumpulan Benteng DemokrasiRakyat(Bendera), Mustar Bonaventura.


Utusan Malaysia-AFP


Wednesday, September 22, 2010

facebook + PDRM

Kuala Lumpur 21 Sept-
Menyedari kepentingan laman sosial popular facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ni melancarkan akaunnya sendiri bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pasukan itu, media dan masyarakat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, langkah itu diambil bagi mengg lakan komunikasi antara PDRM dan masyarakat secara interaktif tanpa mengambil kira perbezaan kaum, status, umur dan jantina.


www.facebook.com/polisdirajamalaysia

Monday, August 30, 2010

TANGGAL 31 OGAS 1957

Peristiwa bersejarah ini telah lama berlalu sehingga kita lupa cahaya lilin dan dapur minyak tanah pernah menjadi lumrah kehidupan. Ya, banyak yang kita tidak ingat lagi. Jika bukan kerana detik kegemilangan ini, belum tentu kita dapat miliki segala yang dinikmati hari ini.Hargailah Hari Kemerdekaan. Dengan cara ini, kita dapat mensyukuri segala nikmat yang ada... termasuklah cahaya yang membolehkan anda membaca pesanan ini.

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-53!



Pesanan dari TNB/LNN

Sunday, August 8, 2010

LEADS TO KILLER!



Manila: Philippine police yesterday said they used facebook to track down a Filipino computer technician blamed for the gruesome murders of nine people, three of them foreigners.

The suspect, Mark Dizon 28, was captured by police on Tuesday in San Fernando City north of Manila after his father, fearful that his son would be killed in a gunbattle, arranged to meet him. Dizon was initially identified by witnesses through his facebook account, where police found out that a daughter of one of the victims was an ex-girlfriend........

He said Dizon apparently closed his facebook account recently after sensing police were on his heels, but two witnesses had already positively identified him using his profile picture. Dizon is suspected of killing American Albert Mitchell-70, Briton James Porter-51, and Canadian Geoffrey Bennun-60, their three Filipina partners and three Filipino domestic helpers in separate attacks in Angeles this month.......Muder charges will be filed against Dizon later..

AFP