Kuala Lumpur - Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SHEB dan Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur telah dibuat sempena program'FT Day 2012 Fun Ride' disini hari ini. Mengulas mengenai program berbasikal secara santai yang akan diadakan pada 4 Mac ini, Tengku Azman berkata, penyertaan masih dibuka dan orang ramai digalakan mendaftar awal. Progam yang pertama kali dianjurkan ini adalah percuma dan setiap penunggang diwajibkan memakai topi keledar untuk keselamatan.
Kayuhan sejauh 10 kilometer itu akan bermula di Kompleks Kraf, Jalan Conly dan berakhir di lokasi yang sama pada jam 11 pagi. Orang ramai yang berminat menyertai aktiviti itu boleh mendapatkan borang melalui laman sesawang ftday2012funride.blogspot.com atau menghubungi 019-2020 491 untuk maklumat lanjut.
Dataran Merdeka - 23 Feb 2012! Sebanyak 132 pelumba daripada 22 pasukan akan memulakan kayuhan bagi peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 untuk memburu jersi kuning (juara keseluruhan individu), gelaran Raja Pecut dan Raja Bukit. Pasukan terdiri dari Astana Pro Team, Garmin Barracuda, Androni Giocattoli, Champion System, Colnago CSF Inox, Farnese Vini, Rusvelo, Team Europcar dan United Healthcare. Termasuk dari Asian Racing Team, Azad Unviversity Cross Team, MTN Qhubeka, OCBC Singapore, RTS Racing Team, Seoul Cycling, Tabriz Petrochemical Team, Trengganu Cycling Team, Malaysia National Team, Indonesia National Team dan New Zealand National Team.
Jadual perlumbaan ialah Peringkat 1 - Jumaat{ 24 Februari 2012 di Putrajaya : Ujian masa individu 20.3km. Kedua - Sabtu{ 25 Februari : Putrajaya-Melaka (151.0km). Saterusnye Melaka-Parit Sulong (187.6km), Batu Pahat-Muar (169.4km), Ayer Keroh-Pandan Indah, Ampang (190.0km), Proton, Shah Alam-Genting Highland (108.0km), Bentung-Kuantan (20.3km), Pekan-Cukai (100.8km), Kemasik-Kuala Terengganu (165.7km) dan Ahad 4 Mac 2012 dari Tasik Kenyir-Kuala Terengganu Loop (116.9km).