Thursday, May 3, 2012
Friday, April 27, 2012
Kayuh Bersama Taufik!
| Salam sayang dari kami Geng Kakikayuhhhhhhhhhhhhh! |
| Ini lah Mtb Xds - 30 speed si Taufik! |
| Amiroul bersama Mtb Gt! |
Kami rehat lama kat Gombak. Lepas selesaikan hidangan satay, kami gerak melalui Jalan Gombak. Kayuhhhhhhhhhhhhhhhh dan terus kayuh. Melalui Simpang Tiga, Greenwood dan simpang perpisahan di hadapan Batu Caves. Taufik dan Mahfol terus kayuh arah Selayang dan Sungai Tua. Kami bertiga pulak terus berkayuh arah port terakhir kami iaitu di belakang hotel melalui Jalan Ipoh! Lepas ne kami janji nak kayuh petang ke Kg Sungai Pusu! Jumpa lagi!!!
|
Tuesday, April 24, 2012
LAMA TAK KAYUH!
| Fixie Xds-Buat Hiasan! |
| Giant & Xds |
| Fixie udah upgrade ke Hybrid! |
| Nak try kayuh "Jamis" pulak! |
![]() |
| Mahfol possing simpang Jln Raja Musa! |
Thursday, March 29, 2012
Kayuhan 32 Kiometer!

Salam Geng!
Ketika aku menaip ne, kat luar sana kengkawan sedang buat aktiviti berkayuh pada waktu malam. Memang diorang ajak aku sekali berkayuh, tetapi aku terpaksa tolak pasal nak taip entri terbaru Kayuhan 32 Kilometer! Sabelum ne banyak entri yang aku publish hanya ada photo tanpa story.

Petang Selasa, 27 Mac 2012 lalu, kami berkayuh arah ke JHEOA - Gombak. Kayuhan bermula
dari port biasa kat belakang hotel, lepas tu kayuh melalui Tesco Extra Jalan Ipoh, belok kanan
arah kedai basikal Samy kat Batu Caves. Kat sini Mahfol selalu tunggu kami sekiranya nak
kayuh arah Gombak. Dari situ kayuhan diteruskan melalui Simpang Tiga, Sekolah Gombak Utara, Pekan Cowboy Batu 8 dan berhenti rehat kejap kat Batu 10, pasal rantai basikal salah sorang Geng Kayuh ada masalah.

Sepanjang berkayuh menuju JHEOA, kami sering berselisih dengan lori balak. Untuk keselamatan, berkayuh berkumpulan adalah lebih selamat berbanding kayuh bersaorangan. Kekalkan step kayuhan dan jangan terlalu dekat atau terlalu jauh meninggalkan kumpulan. Kayuh berkumpulan bukan untuk berlumba, ia hanyalah sekadar alternatif kepada gaya hidup sihat dan cergas.

Akhirnya sampai juga kami tempat yang dituju. Masing-masing, walaupun kepenatan dan udah banyah peluh jantan yang keluar, kami tetap berasa puas apabila dapat menamatkan kayuhan sejauh 16 kilometer. Kat sini kami berehat kejap di warung berhadapan pintu masuk Hospital JHEOA. Kita minum dulu Bro!

Si Kuzai macam nampak letih aje. Biasalah tu Bro, sebab kayuhan tadi lebih banyak kepada
pendakian. Nanti bila kita balik arah ke Simpang Tiga, kayuhan lebih santai kerana menuruni
bukit. Minggu depan cadang nak kayuh kat sekitar Bukit Belimbing dan Bukit Melawati, Kuala
Selangor. Harap-harap jadilah ge kayuh kat sana!

Thursday, March 15, 2012
Friday, March 9, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)






















