Friday, June 22, 2012

MAKAN DURIAN!


Salam  kepada semua peminat dorean! Olih kerna ada permintaan nak makan dorean kat fb,Tuan Tanah Bukit Laggong@Si Mahfol - terpaksa jemput datang untuk jamu selera. Kononnya nak berkayuhlah ke Bukit Laggong! Memandangkan cuaca panas dan berjerebu, semuanya pakat datang kebun naik cupcai. Sampai kat kebun si Mahfol, udah tersedia sebakul durian bersama parang kontot.

Ne dorean baru jatuh Bro!

Ne pong baru jatuh! Susah nak kopek...
Yang  duduk tu le Tuan Tanah Kedaung!
Memang bestlah Musang King ne!
Wow! Yang ne lagi best...
Take five dulu! Nanti sambung makan...
Tak larat dah! Malam ne takleh tido...Panassss!
Tempat ne kalu buat BBQ best gak kan! kan!

Tuesday, June 12, 2012

June 12, 2012@ Bukit Laggong



Salam dan Selamat berkayuh untuk sihat! Petang Selasa jam 0500 petang, Mj dan Kuzai serta En Mat berkayuh menuju Bukit Laggong. Di pertengahan jalan Mahfol tunggu kami di Shell arah Mydin Selayang. Kayuhan kami melepasi tiga trafik light, dan terus membeluk ke kiri. Dari sini bermulalah kayuhan naik dan turun bukit. Sesak nafas gak dibuatnya pasal ada yang udah hampir 2 bulan tak berkayuh.


Lepas tu kami beluk arah ke kiri dan udah mula memasuki kawasan Bukit Laggong. Di sepanjang jalan menyusuri laluan ne, udara mula terasa dingin. Di sebelah kiri sungai Bukit Laggong dan di sebelah kanan ialah dusun buah-buahan terutama buah durian. Kami berhenti sekejap kat pintu masuk Pusat Belia Bukit Laggong untuk caj betri! Lepas klik beberapa photo, kami teruskan kayuhan sahingga melepasi penempatan orang asli. Kalau kayuhan di teruskan, jalan offroad ne boleh samapi ke Taman Rimba Templer di Rawang.

Tujuan asal kami berkayuh ke Bukit Laggong adalah atas jemputan Mahfol untuk makan durian. Kalau teruskan berkayuh pasti balik lewat, sedangkan besuk ada member yang kene masuk kojer seawal jam 0700 pagi. Kami berpatah balik arah kebun durian Mahfol. Di pertengahan jalan, kami berhenti untuk merasai kesejukan air sungai Bukit Laggong. Ada gak yang ambik kesempatan bersihkan basikal. Lepas tu kayuhan di teruskan ke kebun durian!

Pertama kali menikmati suasana malam di kebun durian. Mahfol udah sediakan sabakul durian. Si Kuzai tukang belah durian dan yang lain tu tukang makan aje! Hehehe...Lepas  sebiji di kopek- belah lagi. Best betul rasa durian ne, lagi-lagi kalu dapat makan durian yang baru jatuh. Kedebok! Bunyi durian jatuh - Kebetulan agaknya,   buah durian tu bergoleh arak kami. Kuzai ambik dan cuba kopek. Mahfol kata, kalu buah baru jatuh susah sikit nak kopek tapi rasanya sedap dan masih panas. Apapun kudrat seorang lelaki sejati, pasti dapat gak kopek buah yang baru gugur. Fuhhhh! Rasanya memang best - sampai menjilat jari Beb! Sayangnya dapat rasa seulas dua aje, yang lain tu udah rosak. 




Nota Kaki: Andainya kengkawan berminat untuk membaca story bergambar pasal berkayuh ke Bukit Laggong, boleh juga layari blok Kakicontenglukisan di http://Kakicontenglukisan.blogspot.com

Thursday, May 3, 2012

MAKAN MALAM DEPAN TASIK!

Pada hari Selasa, 1 Mei 2012 bersamaan 9 Jamadilakhir 1433H, bertempat di Laman Tiba, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Jamuan makan 'ala party' diadakan kerana meraikan pasangan pengatin baru Mohd Irwan@Uwan bersama Norfadilah binti Hj Khalil. Uwan adalah salah saorang Geng Kaki Kayuh yang berkayuh mengelilingi Pulau Pangkor pada bulan December 2011. Sila klik entri bulan December 2011 yang bertajuk "Kayuh Keliling Pulau".






Friday, April 27, 2012

Kayuh Bersama Taufik!


Salam sayang dari kami Geng Kakikayuhhhhhhhhhhhhh!


"Salam..malam ni kayuh nk? Masuk kl...ikut trek lama..ajak la bdak selayang tu  skali..bro Mahfol ok katanya..suruh dia gerak sekali" bunyi sms yangaku terima dari En Ahmad. Lepas tu sms pulak Mahfol, Taufik dan Amiroul. Diorang semua jawab jadik! Amiroul pulak balas sms  "mlm ni kite buat kayuhan mkn satay kt gombak...jom...hehehehe..start awal". 


















Amiroul yang cadang nak makan satay tapi yang kene payung si Taufik.Tak apalah ya Taufik! Anggap aje makan malam ne sebagai "Salam Perkenalan". Hehehe! Nanti kalu Singh tu join kita, suruh Singh tu pulak payung! Hahaha...


Kami mula kayuh jam 0830 malam melalui Taman Kok Doh, masuk Bukit Tunku dan keluar kat Bank Negara. Lepas tu rehat 15 minit kat Dataran Merdeka. Kat satu sudut nampaklah kelompok umat yang sedang buat demo pasal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasinol (PTPN). Tak ramai punnnnnnnnnnnnn! Kami tenguk lagi ramai ialah pasukan penguat kuasa DBKL. Ahhh! Diaorang ne saja-saja buang masa kot! Nanti kalu dah tua dan anak-anak  nak belajar kat luar negara, jangan pinjam duit kerajaan tau- Pinjam je kat Along!


 Lepas rehat kat Dataran kejap, kami teruskan kayuh melalui Jalan Dang Wangi. Lepas tu terus kayuh ikut Jalan Raja Laut dan kali ne ikut bulatan Jalan Pahang. Terus kayuh!
melalui Setapak dan masuk ke Jalan Gombak. Sampai kat kawasan yang kami nak tuju iaitu gerai satay! Makan sambil chit-chat dengan kengkawan terutama si Taufik.

Ini lah Mtb Xds - 30 speed si Taufik!
Amiroul bersama Mtb Gt!

Kami rehat lama kat Gombak. Lepas selesaikan hidangan satay, kami gerak melalui Jalan Gombak. Kayuhhhhhhhhhhhhhhhh dan terus kayuh. Melalui Simpang Tiga, Greenwood dan simpang perpisahan di hadapan Batu Caves. Taufik dan Mahfol terus kayuh arah Selayang dan Sungai Tua. Kami bertiga pulak terus berkayuh arah               port terakhir kami iaitu di belakang hotel melalui Jalan Ipoh! Lepas ne kami janji nak kayuh petang ke Kg Sungai Pusu! Jumpa lagi!!!


Tuesday, April 24, 2012

LAMA TAK KAYUH!

Fixie Biru!

Seminggu tak berkayuh pun dah kira lama Beb! Kalau dah ketagih berbasikal-dapat ge kedai basikal pun ok ler! Baru-baru ne antar basikal hybrid biru kat kedai Robert. Tukar tiup dan ganti bereng baru. Tengah asyik melayan tukang basikal, ujan pun turun. Kitaorang pun lepak lamalah kat kedai mamak. Lepas ujan berhenti, kami gerak ke rumah Ammar kat Bukit Mulia.  Ammar kata kalu nak cepat, ikut Mmr2 dan lepas tu masuk ke Ukay Perdana. Lepas antar basikal kat umah Ammar, kami singgah kat kedai basikal di Taman Melawati-Kuala Lumpur. Kat kedai ne (Bicycle World), macam-macam jenama ada. Yang terbaru tentulah jenama DABOMB! Basikalnye memang menarik dan harganya pulak kami  tak tertarik. Pasal basikal Dabomb ne yang tak bestnye ada lambang salib kat depan. Sekarang ne kat basikal pun ada unsur-unsur Kristian! Luorang yang taat dengan agama Islam tak payahlah beli jenama Dabomb. Kepada peminat basikal jenama lain boleh singgah kat sesawang www.bicycleworldmalaysia. blogspot.com
 
Fixie Xds-Buat Hiasan!
Giant & Xds
Fixie udah upgrade ke Hybrid!
Nak try kayuh "Jamis" pulak!
Mahfol possing simpang Jln Raja Musa!