Wednesday, December 29, 2010

ARMENIA BENTRAS ROCK EMO!


YEREVAN
, Armenia 28 Dis.
Tindakan beberapa pegawai polis yang memasuki rumah seorang remaja berusia 13 tahun, Marsha dan mengeledah bilik serta memerikasa komputernya bukanlah kerana dia terlibat dalam jenayah berat.

Kesalahan yang dilakukannaya hanyalah kerana dia menjadi pengikut setia sebuah kumpulan punk rock dikenali sebagai 'emo'
yang mula menjadi budaya baru di kalangan remaja di bekas negara Kesatuan Soviet ini.

Polis di Verevan sedang melancarkan kempen menentang komuniti emo selepas dua kejadian bunuh diri yang dipercayai melibatkan ahli kumpulan berkenaan. Mereka mendawa kumpulan itu merupakan ancaman kepada masa depan generasi muda di negara ini.

Berpuloh-puluh pengikut emo turut ditahan pihak berkuasa walaupun ada pihak mendawa undang-undang di negara ini tidak membenarkan polis bertindak menentang genre muzik itu dan pengikutnya.

Emo yang diambil daripada singkatan 'emosional' itu merupakan sebahagian daripada genre muzik punk rock dan mula dikenali di Amerika Syarikat(AS), sabelum ia menjadi popular di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP


No comments:

Post a Comment