Thursday, April 28, 2011

ISU VIDEO LUCAH!


Masjid dicemari , isu video lucah bahan khutbah! Isu video lucah melibatkan individu yang di- katakan mirip seorang pemimpin pembangkang telah menarik perhatian banyak pihak. Pelbagai
cara nampaknya digunakan untuk membersihkan nama pemimpin tersebut, termasuklah semasa khutbah Jumaat.

Kejadian ini berlaku pada Jumaat lalu (15 April) di Masjid Jamek Kampung Melayu Ampang. Kutbah hari itu telah digunakan sepenuhnya oleh khatib untuk mempertahankan isu video lucah yang didawa membabitkan pemimpin pembangkang.

Kutbah pertama pada hari itu pada awalnya menerangkan apa erti hasad dengki dan fitnah dengan menerangkan serta mengambil iktibar bagaimana iblis tidak senang apabila Allah mencipta Nabi Adam dan berikrar
untuk menentang manusia hingga hari kiamat. Banyak ayat-ayat Al-Quran digunakan dalam khutbah pertama yang berlansung selama 15 minit.

Pada bahagian kedua khutbah pertama itu, khatib sempat menyelitkan isu terkini iaitu video lucah. Khatib terbabit menerangkan bahawa terdapat dua seario melalui video lucah itu.Yang pertama, sekiranya video lucah itu tulen, tetapi cara dan mekanismenya adalah bertujuan khinat bagi mengaibkan pemimpin pembangkang. Malah, khatib itu turut mendawa pelakon dalam video itu bukan pemimpin parti pembangkang. Sebaliknya beliau menegaskan, pemimpin pembangkang tersebut difitnah dengan begitu kejam.

Beliau sempat mengajak jemaah supaya mempercayai kata-kata Datin Seri Wan Azizah bahawa hanya seorang isteri sahaja yang tahu bentuk badan suaminya. Pada ketika ini, saya sudah menutup telinga kerana tidak berminat mendengar khutbah tersebut. Tiba-tiba seluruh hadirin di Masjid itu dikejutkan oleh jeritan seorang makmum yang berkata kearah khatib, " Hoi cukuplah. Disini bukan untuk berkempen politik".

Saya percaya makmum yang menghadiri khutbah Jumaat lalu kesal. Namun mereka tidak mempunyai pilihan lain ketika itu selain menuggu khutbah tersebut kerana menunaikan solat Jumaat adalah satu kewajipan bagi saya dan makmum Islam yang lain.

Che Mat
Kg Melayu Ampang
Ruangan Forum(21/4/2011)



Nota
: Gambar Mesjid kat atas tu hanyalah hiasan sahaja- Tulisan Che Mat ne PB copy secara rigkas. Moral dari kejadian ini (jika benar) ialah bukan semua makmun yang datang ka Mesjid dari fahaman parti politik yang sama. Kalau dah ada makmun yang jerit dalam Mesjid itu pasal tak setuju, tandanya maruah khatib tu sedikit tercalar. Pasal video lucah ne hampir semua orang suka kalu dapat tenguk! Kalu xdapat tenguk, dapat dengar cerita pong diorang suka...lebih- lebih lagi lelaki. Itu sebab Pak Menteri pong nak tenguk video lucah dalam dewan ketika bersidang. Masa ne pemimpin tak kira apa parti, dok fikir dan cerita pasal sex aje! Dari sehari kesebulan dan dah berbulan-bulan asik isu ne je...Tak hairan lah kalu satu hari nanti ada jemaah yang bergusti dalam Mesjid sebelum Jumaat dan ahli dewan bertumbuk ketika bersidang! Huhuhu...

PAHAT : Berbunyi bila diketuk!

Sunday, April 24, 2011

MENANGIS XDAPAT JUMPA BIEBER!

JAKARTA-Ratusan peminat penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber menangis kerana gagal untuk berjumpa dgn. idola mereka itu. Kejadian itu berlaku semasa mereka menunggu Bieber di pintu depan lapangan terbang Soekarno-Hatta di Jakarta semalam.

Bieber, 17 tiba di Jakarta bersama rakan-nya yang juga seorang penyanyi, Selena Gomez untuk membuat persembahan di bandar raya ini. Dia yang di lahirkan di-
Kanada tetapi terkenal di Amerika Syarikat(AS) dan seluruh dunia menaiki pesawat Malaysia Airlines.-Agensi

Di Kuala Lumpur pulak peminat berhujan, tetapi pihak penganjur telah menyediakan baju hujan percuma. Di- sekitar Stadium Merdeka, sendat dengan orang ramai yang datang seawal 03.00 petang, walhal konsert Justin bermula pada jam 09.00 malam. Di hadapan hampir 17,000 ribu penonton Justin menari sambil menyanyi.

Dengan tiket yang berharga dari RM98 hingga RM498, para peminat Justin kelihatan puas dengan bakat yang ditonjolkannya. Malaysia merupakan antara lebih daripada 20 negara seperti Israel, Kanada, Amerika, Jerman, Filipina, Belgium, Denmark, Jepun dan Indonesia yang dijayakannya menerusi My World Tour 2011 itu sejak awal tahun ini.

PAHAT: Bila aku tenguk ayat My World teringat aku si Mawi World. Apa sudah jadi dengan Mawi! Senyap je sekarang...