JAKARTA-Ratusan peminat penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber menangis kerana gagal untuk berjumpa dgn. idola mereka itu. Kejadian itu berlaku semasa mereka menunggu Bieber di pintu depan lapangan terbang Soekarno-Hatta di Jakarta semalam.
Bieber, 17 tiba di Jakarta bersama rakan-nya yang juga seorang penyanyi, Selena Gomez untuk membuat persembahan di bandar raya ini. Dia yang di lahirkan di-
Kanada tetapi terkenal di Amerika Syarikat(AS) dan seluruh dunia menaiki pesawat Malaysia Airlines.-Agensi
Di Kuala Lumpur pulak peminat berhujan, tetapi pihak penganjur telah menyediakan baju hujan percuma. Di- sekitar Stadium Merdeka, sendat dengan orang ramai yang datang seawal 03.00 petang, walhal konsert Justin bermula pada jam 09.00 malam. Di hadapan hampir 17,000 ribu penonton Justin menari sambil menyanyi.
Dengan tiket yang berharga dari RM98 hingga RM498, para peminat Justin kelihatan puas dengan bakat yang ditonjolkannya. Malaysia merupakan antara lebih daripada 20 negara seperti Israel, Kanada, Amerika, Jerman, Filipina, Belgium, Denmark, Jepun dan Indonesia yang dijayakannya menerusi My World Tour 2011 itu sejak awal tahun ini.
PAHAT: Bila aku tenguk ayat My World teringat aku si Mawi World. Apa sudah jadi dengan Mawi! Senyap je sekarang...
No comments:
Post a Comment