Tuesday, October 25, 2011

AKTIVITI SENI @ Monorel!


Kuala Lumpur -Stesen Monorel Bukit Bintang bakal dimeriahkan
dengan pelbagai aktiviti kesenian dan muzik pada setiap hujung minggu sempena Minggu Apresiasi Seni anjuran RapidKL Monorail bermula pada 29 Oktober 2011.

Ketua Pegawai Operasi RapidKL Monorel, Abdul Hadi Amran berkata, aktiviti yangmendapat kerjasama daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu akan membawa tema berbeza setiap minggu dengan tema Minggu Muzik Tradisional dipilih pada minggu pertama. Selepas Minggu Muzik Tradisional, ia akan disusuli pula dengan tema Minggu Batik, Kraftangan, Perkahwinan dan Minggu Seni Gubahan!

No comments:

Post a Comment