Sunday, August 5, 2012

OLIMPIK LONDON 2012


London - Pelumba wanita tunggal acara basikal trek negara, Fatehah Mustapa tidak terdaya untuk melangkah jauh dalam saingan keirin Sukan Olimpik 2012 London apabila tersangkut di pusingan repechages semalam. Fatehah, 23, sebelum itu gagal melayakkan diri ke pusingan kedua acara tersebut apabila menduduki tempat keempat dan memaksanya untuk bersaing di pusingan repechages namun hasratnya terhalang.

Repechages merupakan saingan bagi pelumba-pelumba yang gagal melepasi pusingan pertama. Pada perlumbaan pusingan pertama, dia diundi bersama dua pelumba terbaik dunia acara tersebut, Victoria Pendleton (Britain) dan Ann Meares (Australia) yang menyaksikan kedua-dua pelumba tersebut menduduki tempat pertama dan kedua untuk mara secara automatik ke pusingan kedua.

Bagaimanapun pencapaian juara keirin  Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 layak London boleh dibanggakan kerana menjadi pelumba trek wanita pertama berjaya beraksi pada Sukan Olimpik. Tumpuan kini terarah kepada Azizulhasni  Awang yang akan beraksi dalam acara pecut, namun pelumba tersebut dijangka lebih menyerlah dalam acara keirin yang berlansung nanti. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment