Tuesday, February 5, 2013

KAYUH & BBQ


Hari pertama - Petang kami kayuh ke Proton City. Pekene teh tarik kat Proton, lepas tu kayuh menuju Pekan Tanjung Malim. Singgah kat restoran tom yam untuk makan malam. Lepas tu  balik keresort. Adalah lebihkurang 40 kilometer kayuhan hari tu!


Hari kedua pulak kayuh waktu pagi ikut trek TM  Bikers . Mula kayuh jam 0900 pagi dan berakhir kul 1245 tengahari. Makan tengahari kat kedai mamak berhampiran Upsi Tg Malim.

Petang pulak adalah acara bebas. Ada yang ge mandi sungai, ada yang tido pasal keletihan. Sebahagian rider pulak ge pekan Tanjung Malim pekene teh kat Restoran Ghani. Lepas tu merayau kat pasar malam (kul 0400 udah mula niaga) nak beli ayam, udang, sausage, burger, sayuran dan buah-buahan  untuk menu bbq malam nanti.

Lepas Magrib arang mula di bakar olih Thor. Persiapan untuk acara bbq dan kara-oke beremula kul 0830 malam. Fazull Ali, Hisham dan isteri turut serta pada jamuan bbq malam tu. Acara dimulakan dengan ucapan dari tuan ummah, lepas tu Hisham yang mewakili Satu Biking. Bacaan doa pula dibaca olih rider Taufik.

Makan sambil mendengar lagu yang dinyanyikan olih Herlin, Hazimi, Amat, Hisham dan Thor. Dalam kul 1100 lebihkurang -Fazzul, Ali Vidic, Hisham dan isteri minta diri untuk balik ummah. Raider lain sambung makan dan nyanyi, ada gak yang udah tido!

Last day! Acara sepatutnye ge Jungle Trekking ke air terjun. Pasal malam tadi ada rider yang tido lewat dan ada yang keletihan, acara trekking yang memakan masa lebih kurang 2 jam tu terpaksa dibatalkan. So! Acara bebas lah sebelum kita check-out. 

Nota: Terima kasih diucapakan kepada semua rider iaitu Tengku Wong, Ali Vidic, Thor, Mahfol, Taufik, Amat, Ady Yusof, Manjapri, Hazimi dan Herlin. Tak lupa juga kepada wakil Satu Biking iaitu Fazzul, Hisham dan isteri kerana sudi datang memeriahkan majlis bbq di Warisan Bernam Resort.
Take five berhampiran tasik di Proton City
Kenang-kenangan di tasik Proton City.
Balik ke resort - setelah kayuh malam!
Kayuh ikut trek TM Bikers!

Hazimi sedang melintas anak sungai...
Ady Yusof meniti jembatan gantung!

Thor, Ady dan Hisham di dapur BBQ

Bacaan doa olih raider Taufik

Foto kat bawah ne...
nak singgah restoran  makan tengahari!


Monday, February 4, 2013

@WARISAN BERNAM RESORT



Bercuti 3 hari 2 malam!  Sempena cuti umum Hari Wilayah kami bercuti kat Warisan Bernam Resort-Tanjung Malim. Petang Jumaat (1hb. Febuari 2013) kami berkumpul kat R&R Rawang, tunggu kengkawan pasal ada yang taktau kat mana pintu masuk Warisan Resort.

Hazami, Thor, Amat, Ady Yusof dan Mahfol sampai dulu. Lepas tu menyusul Tengku Wong, Manjapri, Taufik dan Herlin. Last minit yang tak jadi ikut ialah Uwan, Atan, Zaidi, Lee Adam, Azahan dan  Ajoi GT. 

Kami sampai kat resort lebih kurang
kul 1230 tengahari. Petang ne takde aktiviti,
maksudnye acara bebas. Nak ge sembahyang  Jumaat
boleh ge masjid yang terdekat iaitu berhampiran Upsi.

Aktiviti malam nanti pulak nak berkayuh
ke Proton City. Sebelum berkayuh kenelah
makan dulu Bro, nanti takder tenaga!
Makan sambil chit-chat!
Tiba-tiba Hazami kata ada ikan haruan
kat anak sungai bawah titi tu....
Jom tangkap buat lauk!
Siap sedia nak kayuh!
Yang ne taulah apa yang diorang bualkan!
Ady Yusof, Thor, Herlin dan Tengku Wong...
Basikal masih berpanas lagi
menanti tuannye ...


Taufik cuba try basikal Xds!
Foto kat bawah ne...
Ikut pusingan jam -  Hazimi, Mj, Thor, Ady Yusof,
Taufik, Amat, Tengku Wong dan Mahfol.
Si Herlin tengah pegang kamera lah!