|
Hari pertama - Petang kami kayuh ke Proton City. Pekene teh tarik kat Proton, lepas tu kayuh menuju Pekan Tanjung Malim. Singgah kat restoran tom yam untuk makan malam. Lepas tu balik keresort. Adalah lebihkurang 40 kilometer kayuhan hari tu!
|
|
Hari kedua pulak kayuh waktu pagi ikut trek TM Bikers . Mula kayuh jam 0900 pagi dan berakhir kul 1245 tengahari. Makan tengahari kat kedai mamak berhampiran Upsi Tg Malim.
Petang pulak adalah acara bebas. Ada yang ge mandi sungai, ada yang tido pasal keletihan. Sebahagian rider pulak ge pekan Tanjung Malim pekene teh kat Restoran Ghani. Lepas tu merayau kat pasar malam (kul 0400 udah mula niaga) nak beli ayam, udang, sausage, burger, sayuran dan buah-buahan untuk menu bbq malam nanti.
Lepas Magrib arang mula di bakar olih Thor. Persiapan untuk acara bbq dan kara-oke beremula kul 0830 malam. Fazull Ali, Hisham dan isteri turut serta pada jamuan bbq malam tu. Acara dimulakan dengan ucapan dari tuan ummah, lepas tu Hisham yang mewakili Satu Biking. Bacaan doa pula dibaca olih rider Taufik.
Makan sambil mendengar lagu yang dinyanyikan olih Herlin, Hazimi, Amat, Hisham dan Thor. Dalam kul 1100 lebihkurang -Fazzul, Ali Vidic, Hisham dan isteri minta diri untuk balik ummah. Raider lain sambung makan dan nyanyi, ada gak yang udah tido!
Last day! Acara sepatutnye ge Jungle Trekking ke air terjun. Pasal malam tadi ada rider yang tido lewat dan ada yang keletihan, acara trekking yang memakan masa lebih kurang 2 jam tu terpaksa dibatalkan. So! Acara bebas lah sebelum kita check-out.
Nota: Terima kasih diucapakan kepada semua rider iaitu Tengku Wong, Ali Vidic, Thor, Mahfol, Taufik, Amat, Ady Yusof, Manjapri, Hazimi dan Herlin. Tak lupa juga kepada wakil Satu Biking iaitu Fazzul, Hisham dan isteri kerana sudi datang memeriahkan majlis bbq di Warisan Bernam Resort.
|
|
Take five berhampiran tasik di Proton City |
|
Kenang-kenangan di tasik Proton City. |
|
Balik ke resort - setelah kayuh malam! |
|
Kayuh ikut trek TM Bikers! |
Hazimi sedang melintas anak sungai...
|
Ady Yusof meniti jembatan gantung! |
Thor, Ady dan Hisham di dapur BBQ
Bacaan doa olih raider Taufik
Foto kat bawah ne...
nak singgah restoran makan tengahari!
No comments:
Post a Comment