Saturday, November 5, 2011

Mutiara Damansara!



Sabtu petang!
Jalan-jalan cari makan ke arah Mutiara Damansara. Mula-mula kene dapatkan parking lot dulu. Petang cam ne selalunye tempat letak kereta kat Ikea penuh. Tiga kali pusing barulah lega pasal ada kereta keluar. Lepas tu acara yang mesti dibuat bila dah sampai kat Mutira Damansara ne ialah cuci mata kat dalam Ikea, kira macam window shopping lah!

Puas hati kalau jalan-jalan kat Ikea. Niat memang tak nak beli, pasal datang kat sini nak makan tengahari je. Tapi kalu dah berkenan terpaksa gak beli walaupun hanya sebuah jam dinding! Hehehe...
























Keluar dari kauter bayaran Ikea, beli lah beberapa ketoi karipap. Kat sini kari-pap atau orang putih cakap puff aje, memang sedap! Lepas tu keluar menuju The Curve shopping mall. Perut dah keroncong! Kami cari Medan Selera. Beli Nasi Ayam dan Nasi Goreng - makan kat Rasa Food Arena. Harga jangan tanya beb! Inikan kawasan orang-orang loded. Kalau rasa tak mampu masuk restoran atau cafe, makan ajelah kat Food Arena.

Lepas makan, acara berikutnye ialah menyusuri gera-gerai di tengah The Curve. Bukan nak beli pun! Saje nak menyibuk. Ramai gak kaum kat sini termasuk pelancung dari luar negara. Lepas tu acara seterusnye pergi One Utama Shopping Centre.


Publish post by KuzaiLisa!



Monday, October 31, 2011

Xds Forum @Kuala Lumpur!




















Salam Bro!
Sempat gak aku dan kengkawan singgah kat hotel pasal ada Xds Forum. Bukan nak dengar forum pun, saja nak tenguk basikal baru keluaran Syarikat Evanda Sdn Bhd. jenama Xds. Memang best! Ada Folding Bike, Racing Bike, Retro Bike, Touring dan Fixed Bike. Masa ne syarikat ambil kesempatan buat promotion dengan potongan harga, tapi kene beli masa tu jugak!

Kalau luorang nak tau, photo- pic atas sekali sebelah kanan tu bakal jadi pengedar basikal jenama Xds. Bukan yang pakai kemeja-T hijau tu, yang sebelah dia tu! Nama kedai 'tauke' basikal tu nanti Cafe@Kakikayuh!
Kalau dah bukak kedai tu nanti, luorang singgahlah, Boleh beli aksesori + kelengkapan asas basikal atau minum secawan coffee!











Saturday, October 29, 2011

POTATO SALAD!

Happy Sunday Geng!

Pagi ne aku buka fb dan terima permintaan dari Shila Majid pasal recipe Potato Salad. Sebenarnye lama gak aku dah tak masak dan dah lama pulak tak cipta menu baru. Untuk permintaan Shila kali ini, aku masukan recipe ne untuk entri terbaru Pahat Berbunyi! Salad Kentang atau bahasa menu Potato Salad ada bermacam-macam cara dan nama panggilan dalam menu. Asalkan kita tau 'basic' untuk penyediaan salad kentang.




Basic!

Ade dua jenis kentang dipasaran iaitu kentang kulit putih dan kulit sedikit kuning. Terpulang kepada anda untuk membelinye. Selalunye salad kentang digaul dengan sedikit mayonnaise dan ditambah dengan telur rebus untuk menambahkan rasa. Kentang boleh direbus atau steamed dengan kulit di kupas terlebih dahulu. Kalau anda merebus kentang jangan sampai overcook. Anda boleh gunakan commercial atau home-made mayonnise. Untuk jalan pintas gunakan mayo yang ada dipasaran. Mayo commercial ne selalunye rasa lebih masam. Aku lebih suka tambah sedikit gula atau campur sedikit coleslaw dressing.

Kentang
Mula-mula basuh kentang dan kupas kulit. Lepas tu potong dadu dan rebus. Untuk pastikan kentang dah masak, cucuk dengan lidi atau ambil sepotong dan rasa. Lepas tu rebus seketuldada ayam dan potong dadu. Gaul kentang bersama ayam, mayo dan taburkan sedi kit daun pasley yang sudah dicopped atau spring onions yang sudah dipotong.

Beef Bacon Potato Salad!
Asasnye sama iaitu kentang rebus digaul dengan chopped becon, sedikit mayo, sedikit sour cream, chooped fresh daun parsley, sebiji telur rebus dan sedikit perahan lemon juice.

Sauted Potato!
Salad ne pun mudah kalau nak sediakan. Panaskan pan dan letak sedikit butter atau minyak jagung. Masukan bawang merah (chopped) dan tumis. Masukan kentang rebus yang telah dipotong dadu, tambahkan sedikit serbuk lada putih dan garam. Satelah kentang masak dengan warna keperangan, angkat dan hidangkan. Taburkan sedikit spring onions sebagai hiasan! Ada gak salad kentang yang digaul dengan cuka, mayo, chopped bawang, chopped fresh parsley dan digaul dengan sebiji telur rebus yang udah dilenyek. Untuk rasa kelainan pulak, anda boleh buat gak Garlic Mashed Potato!

Untuk entri akan datang aku akan bagi cara-cara asas buat Garlic Mashed Potato. Jumpa lagi di entri akan datang. Semua masakan aku ne simple, fast kerana step by step recipes.


Publish post
by Kakimasak!



Tuesday, October 25, 2011

AKTIVITI SENI @ Monorel!


Kuala Lumpur -Stesen Monorel Bukit Bintang bakal dimeriahkan
dengan pelbagai aktiviti kesenian dan muzik pada setiap hujung minggu sempena Minggu Apresiasi Seni anjuran RapidKL Monorail bermula pada 29 Oktober 2011.

Ketua Pegawai Operasi RapidKL Monorel, Abdul Hadi Amran berkata, aktiviti yangmendapat kerjasama daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu akan membawa tema berbeza setiap minggu dengan tema Minggu Muzik Tradisional dipilih pada minggu pertama. Selepas Minggu Muzik Tradisional, ia akan disusuli pula dengan tema Minggu Batik, Kraftangan, Perkahwinan dan Minggu Seni Gubahan!

Monday, October 10, 2011

KONGSI BASIKAL!











New York
- Satu demonstrasi berhubung sistem perkongsian basikal dilakukan di bandar raya ini pada Khamis lalu. Sistem perkongsian itu dikendalikan oleh pihak Perkongsian Basikal Alta yang memenangi kontrak daripada pihak pengurusan bandar raya ini untuk meletakan 10,000 buah basikal di lebih 600 stesen di Manhattan dan sebahagian Brooklyn. Basikal itu akan digunakan oleh orang ramai dan kos pengurusan sistem tersebut dibiayai menerusi penajaan dan yuran kos rendah. -



AFP

Friday, September 30, 2011

Kayuh Malam!








































Malam Sabtu
, kami janji nak kayuh malam, ge Sri Hartamas. Saat akhir lokasi di tukar
arah Dataran Merdeka. Kayuhan kami menyusuri lebuhraya menuju Dataran bermula jam 08.45 malam. Sampai kat Dataran rehat kejap, nak tenguk gelagat pelancong dari dalam dan luar negara. Lepas tu teringin nak pekena teh tarik kat area Mesjid India. Kami pun gerak melalui belakang bangunan Sultan Abdul Samad, lalu kat menara jam berhampiran bangunan Hong Kong Bank (dulu kawasan Benteng) dan terus belok ke kawasan kejiranan India Muslim di Selangor Mansion.

Sambil pesan teh tarik dan roti banjir, kami chit-chat kisah lama-lama dan plan kayuh minggu depan nak ge mana pulak! Kalau kayuh ge Danau Kota pun cantik gak...Hehehe! Cerita pasal kayuh malam, keselamatan diutamakan. Kene pasang lampu depan dan lampu belakang. Jangan lupa bawa air masak, pam basikal, dan sweaters.

Lepas minum kami kayuh melalui deretan gerai India (pasar malam) di belakang Globe menuju ke jalan Dang Wangi. Sedang syok kayuh tiba-tiba tayar belakang basikal Mahfol pancitttttt! Terpaksa kayuh pelahan menyusuri Jalan Raja Laut, pasal nak pam basikal. Kayuh punye kayuh jumpalah kedai motosikal yang masih bukak. Nasib dikira baiklah! tayar masih boleh di pam.

Extra: Kalau kita nak kayuh malam, kita kene bersedia menghadapi kemungkinan tayar pancit, cuaca tiba-tiba hujan atau kemungkinan yang lain termasuk samun bersenjata! Untuk mengelakan kene samun, adalah dinasihatkan anda kayuh malam secara berkumpulan. Siapa yang sudah pernah kayuh malam, pasti telah merasai keseronokannye! Jalan tak banyak kereta, cuaca plak dingin dan kayuhan pasti bertenaga!

Salam dari Pahat Berbunyi!



Wednesday, September 7, 2011

OPENHAUS RUMAH LISAH!




Selamat Hari Raya!
Hari raya ke-8 kami beraya kat umah Kuzai & Lisah. Petang tu yang tiba awal ialah Angah, Man, Mahful, NurAiin, Maizatul, Zaimah, Lia dan ahhh! Lupa plak nama sorang wanita pingitan tu!!! Hehehe...

Semalam kami datang openhaus umah Sarimah. Masa kami tiba kat situ ada si Muri Mazni, Sarimah Ahil dan entah siapa sorang lagi! Sarimah dan Sarimah Akhil dah dapat kojer tempat baru. Tahniah!





































Nak tunggu Nasriq, Alfifi, Linda dan Wan Fadzil lambat diaorang datang...jadi kitaorang makan dulu! Jam tangan kul 06.30 petang tapi Wan Fadzil tak muncul-muncul lagi. Tadi masa Kuzai call kata dia nak mandi dulu. Lamernyer bersolek! Tak leh ceriter panjang nanti ada yang terasa dan kecik ati plak! Apapun kalu nak tenguk photo-pic dan ceriter terbaru singgahlah kat fb Pahat Berbunyi atau blog Crownmagazine. Singgah kat :
http://Crownmagazine.blogspot.com