Friday, August 31, 2012

KAYUHAN MERDEKA@FRIM




Sunday, August 12, 2012

BERBUKA PUASA @CROWN CAFE

Herlin Nurviana!
Hisham-Letih sampai tertido!
Kreatif! Lemang disediakan dalam buluh
Possing dari Kuzai & Herlin
Menanti waktu berbuka!
Rimba Bara, Rieka dan Saiful
BBQ Kambing! Cam Xmasak je...
Kenangan ne Bro!
Lepas Raya kita kayuh balik...
 Dari Kiri Ke Kanan : Claphist, Uan, Kuzai, Saiful@Thor, Herlin, Rieka, Rimba Bara, Fazzul, En. Ahmad dan Hisham

Monday, August 6, 2012

MESSAGES & SMS BERKAYUH


Salam kepada Geng Kaki Kayuh!                                                                                   


I- Sms &  Salam Ramadhan- Moh kita kayuh malam esok (Ahad) Ride for Healty. Tarikh : 5 ogas 2012, jam 0900 malam dan tempat menunggu kat belakang hotel. Laluan ; Jalan Ipoh, Bukit Tunku, Bank Negara, Tasik Perdana, Masjid Negara, Dataran Merdeka, Jln Raja Chulan, Bukit Bintang, Jln P.Ramlee, KLCC, Jln Tun Razak, Kg Baru, Jalan Ipoh (Ngteh kat Ahsiah) 

II- Messages dari Satu Biking : Kayuhan Rabu & Khamis malam pada 8 Ogas 2012, kayuhan  santai enjoy selepas berbuka. Laluan: Jln Ipoh, PWTC, Bank Negara, Tmn Tasik Perdana, Taman Burung, Masjid Negara, Dataran Merdeka. Kelengkapan:  Helmet, Air, Lampu handle Bar, Lampu Helmet, Lampu Seat (merah) dan Tube Tayar. 

III- Berbuka Puasa! Perjumpaan Kakikayuh sempena Ramadhan akan di adakan di Crown Cafe, pada 12hb Ogas 2012, hari Ahad. Sila lapangkan hari anda untuk pertemuan ini. Jemputan ini ditujukan kepada Satu Biking, Fazull Ali, Lina Rose, Scott Recon, Hisham bersama isteri, Imin Kamin, Rimba Bara, Claphist Matbab, Uan Mohd, Mantoba Alaikum, Ady Yusof, Ariel Shah, Amirul Nergal, Saiful Azhar, Mahfol Azizah, Herlin Nurviana, Khuzaifah, En Ahmad, Mj Kakiconteng, Qhyroll Mohd Nor, Rijal dan lain-lain member yang terlupa nak taip nama. Sila hubungi En Ahmad atau En Kuzai ditalian : 019-6477456/012-6945021 untuk keterangan lanjut.


Jumpa lagi di Crown Cafe!
Salam dari Geng Kakikayuh.                        

Sunday, August 5, 2012

OLIMPIK LONDON 2012


London - Pelumba wanita tunggal acara basikal trek negara, Fatehah Mustapa tidak terdaya untuk melangkah jauh dalam saingan keirin Sukan Olimpik 2012 London apabila tersangkut di pusingan repechages semalam. Fatehah, 23, sebelum itu gagal melayakkan diri ke pusingan kedua acara tersebut apabila menduduki tempat keempat dan memaksanya untuk bersaing di pusingan repechages namun hasratnya terhalang.

Repechages merupakan saingan bagi pelumba-pelumba yang gagal melepasi pusingan pertama. Pada perlumbaan pusingan pertama, dia diundi bersama dua pelumba terbaik dunia acara tersebut, Victoria Pendleton (Britain) dan Ann Meares (Australia) yang menyaksikan kedua-dua pelumba tersebut menduduki tempat pertama dan kedua untuk mara secara automatik ke pusingan kedua.

Bagaimanapun pencapaian juara keirin  Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 layak London boleh dibanggakan kerana menjadi pelumba trek wanita pertama berjaya beraksi pada Sukan Olimpik. Tumpuan kini terarah kepada Azizulhasni  Awang yang akan beraksi dalam acara pecut, namun pelumba tersebut dijangka lebih menyerlah dalam acara keirin yang berlansung nanti. - Utusan Malaysia

Sunday, July 15, 2012

GENG KAYUH!


Salam Bro! Rabu lepas Geng Kayuh udah pergi berkayuh ke Frim. Rijal adalah member baru yang turut serta. Sebelum puasa bermula diaorang nak berkayuh lagi kat Frim. Lepas tu aktiviti berkayuh terpaksa di kurangkan! Faham-faham ajalah kan bila udah puasa.Si Rijal pertama kali berkayuh memang jadi mangsa kene tinggal lah! Hehehe...


Selamat Berpusa kepda Geng Kakikayuh terutama Bro Mahfol, En Ahmad, Kuzai, Amiroul, Rijal, Hisham, Ady Yusof, Saiful@Thor, Manjapri, Rimba Bara, Ajoi GT, Mantoba, Uan Mohd, Scott Recon, Muhd Ariff, dan Shieda. 


Saturday, July 7, 2012

Kayuhan Sabelum Ramadhan!


Jom Kayuh Malam! Aku terima SMS ajak kayuh malam. Lama gak aku tak join kayuh malam dengan kengkawan. Lepas sembahyang Magrib, aku pun mula berkayuh menuju check point. Akulah yang sampai dulu, lepas tu si Ady Yosuf, Hisham dan isteri. Tak lama kemudian otai Mahfol tiba dan di- susuli si Kuzai, Amirol dan si Thor. Tunggu punya tunggu barulah En Ahmad muncul dengan  senyum  kambing  sambil  menyorong  basikal  baru. Wow! Baru beli GT plak!


Jam 0845 kami mula berkayuh menuju pusat bandar melalui Segambut, Jalan Duta dan berehat sekejap berhampiran Tugu. Lepas tu kayuhan di teruskan melalui Jalan Perlimen, Jalan Raja Laut dan berhenti minum di kedai mamak Jalan Ipoh. Cam biasalah kalau dah lepak-ada yang buat lawak, dan mulalah gelak ketawa. Hilang sekejap rasa letih berkayuh! 

Satelah selesai bayar harga minuman, kami teruskan kayuh menuju check point terakhir. Dalam perjalanan, Ady, Hisham dan isteri sampai udah tempat yang di tuju, Mahfol pulak meneruskan kayuhan sacara solo arah ke Sungai Tua. Aku, Thor, Kuzai, Amirol dan En Ahmad meneruskan kayuhan! Terus kayuhhhhhhh!