Monday, October 29, 2012

KAYUH SELEPAS HUJAN!


Add caption

Add caption
Add caption



Monday, October 1, 2012

FOUR MEN RAIDER@ Empangan Batu!




Berkayuh menuju Empangan Batu! Berkumpul kat ummah Otai Mahfol di Sungai Tua, dan ge sarapan dulu sebelum mula berkayuh jam 0900 pagi. Kali ne yang berkayuh ialah Zaidi, Mj, En Mat dan Otai Mahfol. Laluan bermula dari kawasan perumahan, masuk lorong belakang tepi tasik dan mendaki bukit tanah merah. Lepas tu kayuh menuruni bukit, laluan single treck tanah keras dipenuhi akar. Sesekali kami kayuh melalui jalan berlumpur, berpasir dan beberapa parit. Pemandangan tasik disebelah kanan dan kebun di sebelah kiri.

Kayuh dan terus kayuh! Melalui kawasan berpaya dan melintasi anak sungai. Kayuhan di teruskan menuju sungai untuk berehat. Kat sungai ne kami ambik peluang untuk klik beberapa keping gambar sebagai bukti yang kami udah sampai kat sini. Sekitar sungai ne yang kelihatan ialah kebun buah-buahan seperti pohun durian dan rambutan. Ada gak beberapa pokok getah tua yang udah ditoreh. Di seberang sungai pula, pohun-pohun yang menghijau sambil kupu-kupu sesekali hinggap di batu sungai. Kesan babi hutan disekitar sungai ne memang jelas kelihatan, tapi siang-siang camne memang sukar nak jumpa babi hutan.

Lebih kurang jam 1045 pagi, kami tinggalkan kawasan sungai dan berkayuh menuju tasik. Laluan balik kali ne sedikit mudah kerana tidak banyak pendakian. Hampir jam 1200 tengahari kami keluar dari kawasan off road. Ahad depan, kami bercadang nak datang berkayuh ke Empangan Batu melalui track lain. Jumpa lagi!




Tuesday, September 25, 2012

Off Road+ 12 RIDER

Off Road+ 12x Rider! 
Tarikh: 23hb Sept. 2012
Lokasi: Frim - Kepong
Riders: Fazzul,Ady, Saiful@Thor,Amiroul, Mahfol,
En Mat, Kuzai, Atan, Hazami, Zaidi, Mj
dan Muhd. Farik.








Wednesday, September 19, 2012

PETANG AHAD@ FRIM



Petang Ahad minggu lepas kami kayuh ke Frim. Ikut sekali berkayuh ialah Mahfol, Atan, Mj, Zaidi, Hazimi, Mohd Faizal dan anak beliau.



Kayuh ikut trek Mtb dan trek Tongkat Ali. Ketika kami nak keluar dari off road melalui tasik, pengawal keselamatan Frim tegur kami, pasal basikal tak boleh melalui tasek. Mungkin ini kali terakhir kami keluar ikut tasik. Sorry ye Pak Guard!

Milik Mohd Hazimi
Ini Mohd Faizal Rithwan punya!

Walaupun ketika kita masuk Frim kene bayar Rm3.00 seorang, tidak semestinya kita boleh kayuh melalui laluan yang di larang. Cuba baca di belakang tiket pasal salah satu syarat-syarat Frim:

2. Adalah diingatkan bahawa tuan berada di dalam sebuah Hutan Simpanan. Di bawah Enakmen (Seksyen 20) perbuatan menembak, menjerat, mengutip dan mengubah tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang adalah dilarang dan merupakan satu kesalahan perbuatan yang boleh dihukum mengikut undang-undang.

Mahfol "Boleh tahan gak tingginya"
Mr Atan possing kat tangki air
Sape punye ne!

Mr Atan "Take Five Bro"


Thursday, September 13, 2012

KAYUH, MOTOSIKAL & ASAP BERACUN!


Hai! Menjelang 16 September 2012 adalah sambutan Hari Malaysia. Muga negara kita sentiasa aman damai dan bolehlah kita berkayuh tanpa rasa takut akan keselamatan kita. Setiap pagi atau petang kita boleh berkayuh keliling Tasik Metro, dengan pemandangan yang menarik. Sayangnya tasik yang dikendalikan olih pihak DBKL ne masih membenarkan motosikal bergerak keliling tasik sambil mengeluarkan bunyi bising dan asap beracun.


Tidak mustahil, satu hari nanti wanita yang melakukan aktiviti riadah (berjalan, berjogging atau kayuh basikal) akan diragut olih penunggang motosikal. Diharap, sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini, pihak DBKL dapat melarang penunggang motosikal daripada turut serta mengelilingi trek pejalan kaki atau trek basikal.


Jangan sudah terhantuk baru sedar rasa sakit! Tidak perlulah kita menulis surat kepada Datuk Bandar, kerana perkara seperti ini sepatutnya telah lama difikirkan olih olih pihak DBKL.


Semua tempat riadah di Kuala Lumpur (termasuk Tasik Metro) sepatutnya mesra pengguna tanpa gangguan bunyi bising motosikal dan tanpa pelepasan asap beracun. Malah penguatkuasa undang-udang seperti polis bantuan atau pengawal keselamatan disaran menggunakan basikal ketika membuat roandaan disekeliling tasik.

Bila lagi tempat riadah di KL ne bebas dengan pencemaran asap beracun?