Tuesday, April 30, 2013

BASIKAL DI PULAU PANGKOR!




Lokasi :  Pulau Pangkor, Malaysia 
Date :  27, 28 & 29 April 2013
Camera : Nikon Coolpix S3000
 


 
       







Tuesday, April 23, 2013

PAGI AHAD DI FRIM!



Kayuh! 16 peserta berkayuh di Frim, Kepong pada 21 !pril 2013. Mereka terdiri dari Amiroul, Shaiful Azhar @Thor, Hazimi, Mahfol, Tengku Wong Mad, Syaufiaizad, Mohd. Farik, Manjapri @Mj, Muddy Shinoda, Noazrul Hisham, Shahizam Shazura, Hazimin, Amat, Zaidi, Atan dan Nowey.

Kepada rider baru yang teringin nak kayuh berkumpulan  ( off road di pacat trail), Frim Kepong, sila pm pada facebook 'Pahat Berbunyi' atau facebook 'Tengku Wong Mad'. - Terima Kasih!














Wednesday, April 17, 2013

KAYUH KE DATARAN MERDEKA!


Akitiviti : Kayuh Malam
Lokasi Dituju : Dataran Merdeka
Tarikh : 17 April 2013
Masa : 0900 malam hingga 0100 pagi
 

Laluan : Segambut, Bukit Tunku, Bank Negara,
Dataran Merdeka, Jln. Raja Laut dan Jln. Ipoh.

Tempat Lepak : Restoran Mamak 

depan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.







Sunday, March 10, 2013

PACAT TRAIL @FRIM KEPONG


As Salam! Pagi Ahad kami bertemu lagi dihadapan pintu masuk Frim, Kepong. Sebelum mulakan kayuh, kami sarapan dulu berhampiran frim. Kali ne kami nak berkayuh ke Pacat Trail. Rakan yang turut serta ialah Azhar Thor, Ady Yusof, Herlin, Amat, Hazimi, Otai Mahfol, Tengku Wong, Manjapri dan Zairul @Zeck!
















Tuesday, February 5, 2013

KAYUH & BBQ


Hari pertama - Petang kami kayuh ke Proton City. Pekene teh tarik kat Proton, lepas tu kayuh menuju Pekan Tanjung Malim. Singgah kat restoran tom yam untuk makan malam. Lepas tu  balik keresort. Adalah lebihkurang 40 kilometer kayuhan hari tu!


Hari kedua pulak kayuh waktu pagi ikut trek TM  Bikers . Mula kayuh jam 0900 pagi dan berakhir kul 1245 tengahari. Makan tengahari kat kedai mamak berhampiran Upsi Tg Malim.

Petang pulak adalah acara bebas. Ada yang ge mandi sungai, ada yang tido pasal keletihan. Sebahagian rider pulak ge pekan Tanjung Malim pekene teh kat Restoran Ghani. Lepas tu merayau kat pasar malam (kul 0400 udah mula niaga) nak beli ayam, udang, sausage, burger, sayuran dan buah-buahan  untuk menu bbq malam nanti.

Lepas Magrib arang mula di bakar olih Thor. Persiapan untuk acara bbq dan kara-oke beremula kul 0830 malam. Fazull Ali, Hisham dan isteri turut serta pada jamuan bbq malam tu. Acara dimulakan dengan ucapan dari tuan ummah, lepas tu Hisham yang mewakili Satu Biking. Bacaan doa pula dibaca olih rider Taufik.

Makan sambil mendengar lagu yang dinyanyikan olih Herlin, Hazimi, Amat, Hisham dan Thor. Dalam kul 1100 lebihkurang -Fazzul, Ali Vidic, Hisham dan isteri minta diri untuk balik ummah. Raider lain sambung makan dan nyanyi, ada gak yang udah tido!

Last day! Acara sepatutnye ge Jungle Trekking ke air terjun. Pasal malam tadi ada rider yang tido lewat dan ada yang keletihan, acara trekking yang memakan masa lebih kurang 2 jam tu terpaksa dibatalkan. So! Acara bebas lah sebelum kita check-out. 

Nota: Terima kasih diucapakan kepada semua rider iaitu Tengku Wong, Ali Vidic, Thor, Mahfol, Taufik, Amat, Ady Yusof, Manjapri, Hazimi dan Herlin. Tak lupa juga kepada wakil Satu Biking iaitu Fazzul, Hisham dan isteri kerana sudi datang memeriahkan majlis bbq di Warisan Bernam Resort.
Take five berhampiran tasik di Proton City
Kenang-kenangan di tasik Proton City.
Balik ke resort - setelah kayuh malam!
Kayuh ikut trek TM Bikers!

Hazimi sedang melintas anak sungai...
Ady Yusof meniti jembatan gantung!

Thor, Ady dan Hisham di dapur BBQ

Bacaan doa olih raider Taufik

Foto kat bawah ne...
nak singgah restoran  makan tengahari!