Sunday, May 23, 2010
UMAT NABI LUTH KEMBALI!
Salam pagi Ahad!
GAY DAN DUA ALAM
" Sebanyak 51 lelaki ditahan di pusat urut yang menawarkan khidmat seks sesama jenis di Kuala Lumpur, Rabu lalu. Mereka yang ditahan kebanyakan lelaki Melayu. Awang geleng kepala. Menurut kenyataan polis, ketika di- serbu terdapat ratusan kondom termasuk yang sudah digunakan.
Awang paparkan kedua-dua serbuan tersebut untuk renungan kita bersama. Jumlah tangkapan itu mungkin kecil tetapi Awang mendapat tahu kegiatan gay di kelab, spa dan pusat urut semakin menjadi-jadi. Sebahagian premis gay untuk berhibur beroperasi secar sulit.Kalau di bongkar habis-habisan, penemuannya pasti mengerukan.
Masyarakat kita bagaikan kembali leka. Seks luar tabii mempunyai sejarahnya tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan kemusnahan bandar Pompei, Itali.
Dalam pada itu, Awang tertarik dengan berita perletakan jawatan seorang menteri di New South Wales, Australia selepas kecenderungan seksual luar tabii terdedah kepada umum. David Campell 52, akhirnya mengakui beliau seorang yang " 2 Alam" satelah berselindung mengenainya selama 25 tahun.
Serbuan di kelab gay dan kisah Campbell, hanya cebisan. cabarannya apa lagi yang kita tidak tahu tentang gejala gay termasuk yang melibatkan individu yang kita tidak duga..."
Awang Selamat
Ahad 23 Mei 2010
Wednesday, May 12, 2010
ZONIS!
MERDEKA!
"Kita kibar bendera dan sertakan dengan semangat serta tindakan untuk membantu memajukan anak bangsa kita. Kita sudah tidak perlu menentang penjajah atau penganas kominis, tetapi kita perlu menentang anasir jahat dan gejala sosial yang boleh meruntukan kemerdekaan bangsa yang kita nikmati selama ini"
DATUK WIRA
Borhan Md Yaman-77
Pejuang Kemerdekaan
Friday, May 7, 2010
AWASI PERGERAKAN ANAK-ANAK!
Salam petang Jumaat, 7 Mei 2010 aku sedang edit post bagi minggu kedua dalam bulan Mei. Kisah kali ne masih panas.. .pasal remaja yang di tembak polis !
Aku muatkan sebahagian tulisan dari Suffian Abu Bakar : Awasi Pergerakan Anak-Anak!
" Keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak polis di Shah Alam pada 26 April lalu mengadakan sidang akbar Isnin lalu mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung kejadian tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan juga mempunyai sebab untuk mempertahankan anggotanya dalam kejadian tersebut. Alasannya, kenderaan yang dipandu remaja itu gagal untuk berhenti ketika diarahkan berbuat demikian.
Pada pukul 2 pagi, siapa sangka seorang remaja yang digambarkan oleh gurunya sebagai seorang pelajar yang tidak mempunyai masalah sedang memandu sebuah kereta tanpa lesen.
Bukan mencari salah siapa, jika boleh biarlah siasatan berlaku dengan adil. Sekiranya polis bersalah, hukumlah mereka mengikut peraturan yang tetapkan. Sebagai ibu bapa pula , kita tidak boleh alpa untuk mengetahui ke mana pergerakan anak-anak kita, khususnya remaja yang semakin dewasa.
Budaya keluar malamdan minum dengan rakan-rakan sehingga awal pagi, adalah biasa bagi mereka yang tinggal di bandar. Inilah yang perlu dijaga agar kes seperti ini tidak berulang".
SUARA HATI!
Macam mana nak tenguk pergerakan anak-anak, sedangkan ibu-bapa sedang lepak kat cafe bersama kawan-kawan. Nak tegur anak jangan hisap rokok, tapi bapa xberhenti merokok. Anak-anak jangan keluar malam...tapi emak-bapak selau xde kat rumah! Habis tu nak salahkan siapa? Saperti ketam magajar anaknya berjalan...
Suarahati/7/5/2010
Subscribe to:
Posts (Atom)