Friday, May 7, 2010

AWASI PERGERAKAN ANAK-ANAK!


Salam petang Jumaat, 7 Mei 2010 aku sedang edit post bagi minggu kedua dalam bulan Mei. Kisah kali ne masih panas.. .pasal remaja yang di tembak polis !

Aku muatkan sebahagian tulisan dari Suffian Abu Bakar : Awasi Pergerakan Anak-Anak!

" Keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah,
remaja yang ditembak polis di Shah Alam pada 26 April lalu mengadakan sidang akbar Isnin lalu mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan juga mempunyai sebab untuk mempertahankan anggotanya dalam kejadian tersebut. Alasannya, kenderaan yang dipandu remaja itu gagal untuk berhenti ketika diarahkan berbuat demikian.

Pada pukul 2 pagi, siapa sangka seorang remaja yang digambarkan oleh gurunya sebagai seorang pelajar yang tidak mempunyai masalah sedang memandu sebuah kereta tanpa lesen.

Bukan mencari salah siapa, jika boleh biarlah siasatan berlaku dengan adil. Sekiranya polis bersalah, hukumlah mereka mengikut peraturan yang tetapkan. Sebagai ibu bapa pula , kita tidak boleh alpa untuk mengetahui ke mana pergerakan anak-anak kita, khususnya remaja yang semakin dewasa.

Budaya keluar malamdan minum dengan rakan-rakan sehingga awal pagi, adalah biasa bagi mereka yang tinggal di bandar. Inilah yang perlu dijaga agar kes seperti ini tidak berulang".


SUARA HATI!

Macam mana nak tenguk pergerakan anak-anak, sedangkan ibu-bapa sedang lepak kat cafe bersama kawan-kawan. Nak tegur anak jangan hisap rokok, tapi bapa xberhenti merokok. Anak-anak jangan keluar malam...tapi emak-bapak selau xde kat rumah! Habis tu nak salahkan siapa? Saperti ketam magajar anaknya berjalan...

Suarahati/7/5/2010









No comments:

Post a Comment