Sunday, May 23, 2010

UMAT NABI LUTH KEMBALI!


Salam pagi Ahad!

GAY DAN DUA ALAM

" Sebanyak 51 lelaki ditahan di pusat urut yang menawarkan khidmat seks sesama jenis di Kuala Lumpur, Rabu lalu. Mereka yang ditahan kebanyakan lelaki Melayu. Awang geleng kepala. Menurut kenyataan polis, ketika di- serbu terdapat ratusan kondom termasuk yang sudah digunakan.

Awang paparkan kedua-dua serbuan tersebut untuk renungan kita bersama. Jumlah tangkapan itu mungkin kecil tetapi Awang mendapat tahu kegiatan gay di kelab, spa dan pusat urut semakin menjadi-jadi. Sebahagian premis gay untuk berhibur beroperasi secar sulit.Kalau di bongkar habis-habisan, penemuannya pasti mengerukan.

Masyarakat kita bagaikan kembali leka. Seks luar tabii mempunyai sejarahnya tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan kemusnahan bandar Pompei, Itali.

Dalam pada itu, Awang tertarik dengan berita perletakan jawatan seorang menteri di New South Wales, Australia selepas kecenderungan seksual luar tabii terdedah kepada umum. David Campell 52, akhirnya mengakui beliau seorang yang " 2 Alam" satelah berselindung mengenainya selama 25 tahun.

Serbuan di kelab gay dan kisah Campbell, hanya cebisan. cabarannya apa lagi yang kita tidak tahu tentang gejala gay termasuk yang melibatkan individu yang kita tidak duga..."


Awang Selamat
Ahad 23 Mei 2010

2 comments: