Friday, August 19, 2011

NIK AZIZ TIDAK SETUJU!


Salam Jumaat!
Minggu ne kita dihebokan dengan isu gay dan perkahwinan sejenis. Berita peyebaran ajaran Kristian di sebuah pusat tuisyen, isu murtad di Gereja Methodist Damansara Utama dan pasal larangan baca al-Quran pakai pembesar suara. Aku lebih tertarik mengenai isu baca al-Quran pakai pembesar suara. Ramai yang tidak setuju larangan tersebut termasuk Persiden Perkasa, Datuk Ibarahim Ali. Bagaimanapun isu tersebut turut mendapat perhatian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kota Bharu 14 Ogas -
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan amalan membaca al-Quran dan melaungkan iqamat menggunakan pembesar suara sehingga mengangu serta membawa masalah kepada orang lain. Menurut beliau, perkara itu tidak boleh dilakukan sekiranya mendapat sungutan daripada orang yang sedang sakit, budak kecil atau orang bukan Islam yang tidak boleh tidur.

"Kita(umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjekan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain sedang tidur atau sakit. "Kita bang (laungkan azan) atau baca al-Quran kalau menyusahkan orang sakit atau budak kecil menangis terkejut memang tidak boleh. Memang Islam cukup baik dan cukup sederhana," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Pahat Berbunyi:
Aku memang jahil bab hukum hakam ketika baca al-Quran dan iqamat guna pembesar suara. Ikut hukum akal memang tak patut guakan pembesar suara ketika orang bukan Islam sedang tidur nenyak! Apa tujuan igamat guna pembesar suara? Apa pula niat membaca al-Quran kuat-kuat. Kalau di baca tanpa gunakan pembesar suara kan elok, taklah ganggu orang bukan Islam. Kita kena ingat kat mana kita tinggal. Kalau kejiranan kita ada orang bukan Islam, kita kenelah bertolak ansur. Budaya di kampung memang memerlukan pembesar suara, kerana kebanyakan yang tinggal di kampung adalah orang Melayu yang berugama Islam. Rumah kejiranan pulak agak jauh diantara satu dengan yang lain.

Tinggal di bandar budayanye berbeza. Ada yang tinggal di rumah flet, apertmen, kondo, teres dan banglo. Rumah di antara satu dengan lain sangat rapat. Kekadang jiran kat bawah masuk bilik air pun kita boleh dengar. Jiran sebelah goreng ikan, baunye masuk keruang tamu rumah kita. Jiran kat atas pulak buka radio sedikit kuat kita dan naik angin!. Sekarang ne pulak di setiap rumah flet di sediakan taman permainan kanak-kanak. Sampai waktu Magrib pun anak- anak orang Islam masih lagi terlalak-lalak dan berkejaran kat taman. Emak bapak diorang tak peduli pun anak mereka menjerit waktu senja. Tak peduli perasaan jiran lain! Yang hairannya anak-anak orang Islam je yang terjerit-jerit kat taman tu! Anak-anak orang bukan Islam sebelum senje dan balik ke rumah masing-masing.


Posted by
Pahat Berbunyi
Jumaat 19 Ramadan 1432



No comments:

Post a Comment