Selamat Berpuasa!
Minggu lepas kami berada di Tasik Layang-layang untuk pusing-pusing keliling tasik sambil keluarkan peluh. Jam 0500 petang kat Tasik dah ramai kaum, ada yang main layang-layang, ada yang bawa anak-anak kat tempat permainan dan ada juga yang hanya jalan-jalan. Tak jauh dari padang permainan layang-layang ada didirikan kemah untuk mendaftar dalam acara kayuhan mountaine bike keliling tasik.
Sebenarnye banyak cycling event telah dianjurkan. Bermula bulan Januari 2011, telah diadakan Ride 4 Gaza, Jerai MTB Jomboree 2011, Le Tua 100 Ride. Bulan February pula, 2011 Spring Festival BotakHill's Charity Mtn. Bike, Kayuh Sokmo- Jeli MTB dan Cabaran MTB Bukit Kinding Resort. March pula telah di adakan Langkawi Kiss-Up MTB Challenge. Teluk Batik MTB Jamboree, Kayuhan Santai Keluarga Lembah Beringin, Petaling Jaya MTB
DH Challenge dan Le Tour De Fraser Hill.
Di ikuti Jemboree MTB Perpatih-Cabaran Bukit Putus, UTM MTB Quest 2011, Termeloh Mountain Bike Challenge dan Karnial MTB 1 Batang Kali yang telah diadakan pada bulan April 2011. Bulan May dan June telah berlansung acara Polis Bersama Masyarakat, Kayuhan Satu Meru, Kedah Downhill & Fun Ride, The Green Ride-Perlis, Kulaijaya Extreme Cyling, Xplorasi Agro Bike-Perak, dan Kayuh Bendang-Peneng.
Pada Bulan August pulak tiada aktiviti kayuh, pasal bulan Ramadan. Lepas bulan August akan menyusul acara kayuhan Charity atau Kejohanan Lumba Basikal, termasuk Kayuhan Kuale Bandar Diraja-Kuala Kangsar dan Kejohanan Terbuka Pesta Pulau Pinang. Terpulang kepada anda untuk turut serta atau tidak! Hahahaha...kayuhhhhhhhhhhhhhhhh lagi!
No comments:
Post a Comment