Friday, January 6, 2012

Kayuh+New Friends = Happy!


5hb. Januari 2012 - Kuala Lumpur
Kami kayuh malam ke pusat bandar melalui Bukit Tunku, belok ke-
Jalan Mahameru dan masuk ke Taman Tasek Perdana. Menyusuri
jalan di Tasek Perdana yang gelap, lepas tu keluar arah ke Dataran
Merdeka. Berhenti kejap kat depan Mesjid Negara pasal basikal si
Kuzai pancit! Jumpa kawan baru Kakikayuh dan apa lagi klik! klik!
Ambik gambar sebagai kenangan lah!!!! Lepas tu kayuh dan terus kayuh nak cari tempat lepak plak. Rehat kejap kat kedai mamak kat simpang tiga antara Jalan Dang Wangi dan Jalan Raja Abdullah.
































Lepas minum Hisham bawa kami kayuh melalui Jalan Raja Abdullah, belok kiri masuk Chow Kit.
Kat Chow Kit kami singgah kejap kat gerai menjual pelbagai barang keperluan basikal. Azhar
dan Manjapri beli lampu tiga warna! Murah je Rm8.00. Lepas tu kayuhan diteruskan meyusuri
Jalan Ipoh. Tengah syok-syok kayuh, basikal Kuzai pancit lagi. Kali ne pancit depan belakang.
Cuba pam tayar kat petrol pam Batu 4 - angin xnak masuk dah, terpaksalah tolak! Tolak Beb!
Tolak dan terus tolak basikal, akhirnye sampai gak kat umah lebih kurang jam 0100 pagi........!
Walaupong sedikit letih tetapi happy pasal kami kayuh malam ramai-ramai. Pagi Ahad nanti
diorang ajak kayuh kat Frim Kepong - mungkin diorang nak layan mtb kat trek berbukit..........!


Salam dari Geng Kakikayuh!
Publish Post by Pahat Berbunyi



Keterangan gambar: Dari kiri ke kanan ialah Fazzull Ali, Kuzai, Rimba Bara, Man Toba,
Hisham, Azhar, Mahfoul, Ahmad, Amiroul (xde dalam ne-tengah klik!) dan Manjapri.


Publish Post by Pahat Berbunyi

No comments:

Post a Comment