Monday, January 30, 2012
Payung Hujung Minggu!
Aktiviti Hujung Minggu!
Petang Jumaat-Aku kayuh ge Tasek Metro bersama Ahmad, Mahful dan Kuzai. Lepas buat satu pusingan kat tasik- rasa dahaga pulak. Bukan nak kayuh sangat tapi rindu nak jumpa kengkawan. Dahaga rindu roti sardine! Kali ne dengar kabar si Mahful nak payung - maklumlah musim ujan!
Lepas pekene roti sardin, kami kayuh semula keliling tasik metro. Tiba-tiba sms dari Azhar!
Katanye nak kayuh malam dan jumpa kat belakang hotel jam 0930. Si Mahful kata tak ikut
pasal besuk petang nak kayuh ge Kg Sungai Pusu dan kene simpan tenaga sikit. Si Kuzai dan
En Ahmad tak ikut gak, atas alasan masuk kojer shif pagi. Aku plak memang plan kayuh petang je, pasal esuk pagi ada jemputan dari Shila dan Faez. Selalunye kalu aku nak datang ke suatu
acara, muka aku nak nampak fresh sikit! Tak de le muka macam letih dan tak cukup tido....
Lepas kami bicang dan buat keputusan tak ikut kayuh malam, si Mahful pong balik kayuh arah Sg Tua dan kami bertiga kayuh arah belakang hotel. Kami sampai kat belakang hotel jam 0830 malam. Sementara kengkawan kayuh malam belum sampai, kami teruskan kayuh ke Taman Kok Doh. Rehat kat kedai mamak pekene teh dan En Ahmad plak payunggggggggg!
Selesai acara minum teh, kami kayuh semula arah belakang hotel. Kat sini kami bertemu rakan yang hendak kayuh malam iaitu Azhar, Amiroul, Herlin, Qhyroll, Ajoi GT, Imin Kamin dan Hisham. Kami bertiga bersalaman dan minta maaf pasal tak dapat ikut kayuh malam. Mungkin lain kali kami dapat join kayuhan malam. Sebelum mereka bertolak untuk kayuh malam sempat gak aku klik beberapa photo untuk tatapan kengkawan!
Pagi Sabtu-Aku ge jemputan majlis nikah Shila dan Faez kat Masjid Bukit Antarabangsa. Petang
pulak, jam 0530 petang aku ge kayuh arah ke Kg Sungai Pusu bersama Mahful, Ahmad, Azhar,
Amiroul dan Kuzai. Kayuhan bermula dari kedai basikal Samy kat Batu Cave. Kayuh melalui
Greenwood, Simpang Tiga dan beluk arah ke Batu Lapan Gombak. Kayuh dan terus kayuh melalui UIA dan cuaca hampir gelap. Pemandangan di kiri kanan jalan ialah hutan simpan, ladang getah serta kebun durian. Laluan pulak sedikit bengkang-bengkuk dan berbukit. Kayuh dan terus kayuh hingga mengalir peluh jantan, akhirnye sampai gak kami di papan tanda Kg. Sungai Pusu.
Petang Ahad-Aku kayuh lagi salepas hujan teduh. Jumpa kengkawan kat pintu masuk tasek
iaitu Mahful, Ahmad, Kuzai, Azhar dan Amiroul. Tujuan jumpa kat tasek ne pasal ada member
nak payung! Lepas kayuh separuh tasek terus ge gerai kat Kg Melayu Kepong. Lepas ujan ne
perut rasa lapar pulak. Makan sambil borak-borak aktiviti berbasikal akan datang. Jadi ke nak
kayuh ke Bandar Melaka. Siapa pulak lepas ne nak payung! Hehehe...
Publish Post by Kaki Kayuh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment