Monday, December 12, 2011

KAYUH KELILING PULAU!

Salam Bro!
Hari ne Sabtu, adalah hari kedua kami berada di Pulau Pangkor. Salepas sarapan pagi kat kopi haus, kami pun mula kayuh tinggalkan apartments dan menuju pekan Pangkor. Melalui pekan pagi-pagi cam ne memanglah sibuk dengan orang ramai nak ge pasar. Aktiviti waktu pagi tambah haru biru bila ramai pelancung masuk ke pulau melalui jetty. Yang paling sibuk pastilah teksi merah jambu. Memang jambu beb! Teksi ne hanyalah sabuah van dan macam biasalah di mana-mana pun sama. Pandu laju macam pelesit!
































Kami kayuh melalui pekan retro Pangkor menuju tempat sejarah bekas penjajah Belanda.
Menyusuri jalan yang berbukit, pemandangan memang cantik beb. Di kiri jalan kelihatan jetty, boat nelayan, kapal layar dan rumah-rumah usang kaum nelayan. Terus kayuh dan ada gak rumah yang cantik dan sedang buat kenduri kahwin. Satelah berhenti kat Batu Bersurat, kami U-Turn arah ke pekan Pangkor. Dari sini kayuhan diteruskan dan sedikit mendaki sebelum berhenti kat kedai basikal di pekan Sungai Pinang. Salah satu basikal (fixie) kene pasang brek baru pasal kemungkinan laluan berbukit makin tinggi. Sayangnye kedai basikal ne tak de alat ganti brek fixie! Apapun apek tu pasang gak brek basikal budak sekolah. Takpe janji ada brek depan belakang. Kalau harap satu brek depan je, mungkin ketika menurun basikal fixie dengan penunggang sekali masuk longkang!






















Selesai apek pasang brek, kami teruskan kayuh menuju Teluk Dalam. Laluan tadi berbukit dan bengkang bengkok. Kemeja T yang kami pakai dah mula basah, dan tekak kami pun haussssss! Berhenti jap kat sini sambil si Uan beli air pasal air botol kami dah kering. Pantai ne tak de pelancung mungkin jauh dari tempat penginapan atau teluk nye memang dalam dan di larang mandi. Tapi kami tak nampak pulak papan tanda "Di larang Mandi". Lepas basahkan tekak, kami teruskan kayuh arah Coral Beach.


Menyusiri laluan ne memang memerlukan kudrat dan mental yang kuat. Mana tidaknye!
Salepas menyusuri laluan landai, jalan mula bengkang bengkok dan berbukit. Kalau setakat bukit biasa tak pe, ini mengalahkan bukit Genting. Kami dah tak mampu nak kayuh. Lepas satu bukit ada lagi bukit- tolak ajelah basikal. Bukit demi bukit kami terpaksa lalui dan dah entah kali keberapa kami berhenti pasal penat dah haus.

Sampai kat Coral Beach (pantai tumpuan pelancung dari Europe) kami berhenti pasal te
nguk ramai mat salleh. Wowwww! Menarik dan tertarik betul kami. Ada gak member kami yang melopong tenguk pompuan mat salleh separuh bogel berjemur kat tepi pantai. Sambil memer-hatikan gelagat pelancung, sempat gak klik sana dan klik sini terutama si Uan lah. Perut yang tadi nye rasa lapar dah macam kenyang pulak! Dah puas cuci mata kami teruskan kayuhan menuju Teluk Nipah.



Kat Teluk Nipah kami berhenti untuk makan tengahari. Ingatkan nak makan kat gerai semalam, penuh pulak sampai tak de meja kosong. Makanlah kat gerai yang mejanye disusun mengadap pantai. Sambil makan dapatlah tenguk pasir, ombak, langit biru, jet sky dan orang ramai yang sedang mandi-manda. Bila habis makan dan part nak bayar, tekejut beruk pasal harga makanan kat sini mahal! Dah makan kan...kenelah bayar beb! Mungkin harga makanan mahal disebabkan duduk mengadap laut! Huhuhu...

Selesai acara makan, kami teruskan kayuh. Kali ne tak lah tinggi sangat bukitnye. Lagi pun otak kami dah tau laluan ne cam maner, pasal semalam dah ge Teluk Nipah. Kayuh dan terus kayuh, akhirnye selamat gah kami sampai kat tempat penginapan tanpa insiden!

Nota Kaki: Cuba perhatikan photo kat bawah ne. Dua budak lelaki sedang berjalan kat pekan Teluk Nipah. Budak yang paling kanan tu lah si Uan janji nak jual fixie biru. Tapi fixie tak leh jual dik, kalu jual camner gua nak balik? Sorry aaa!

Wednesday, December 7, 2011

Hybrid Mj!


Salam sayang dari Kakikayuh!

Semalam tunggu pangilan dari kedai basikal Samy, pasal ada tempah Hybrid warna gold.
Tunggu punyer tunggu sampailah ke petang si Samy tak call. Akhirnye aku pulak yang call Samy. Katanye basikal baru je sampai dan tengah pasang. Aku pun ajaklah Kuzai temankan aku ambik basikal baru jenama cap ayam. Walaupong ujan lebat petang tu, kami redah je, pasal gian sangat nak ambik basikal baru.

Sampai kat kedai, si Samy kata warna gold tak de. Pulak dah! Tadi masa aku call tak pulak dibagi tau. Hendak tak nak, aku kene ambik gah warna merah putih. Mintalah set botol air free kat Samy. Tak dapat beb! Punyelah kedekut si Samy ne!!! Patunye bagilah aksessori percuma macam kunci, botol air, sarung tangan atau meter ke! Kedekutttttttt!!!

Lepas bayar baki harga basikal aku ajak Kuzai minum sambil tunggu Mahful. Lepas tu kami kayuh menuju Tasik Layang-Layang - kira macam bike testlah beb! Pasal basikal aku ne pulak jenis Hybrid iaitu gabungan basikal road dan basikal bukit. Sesuai sangatlah untuk digunakan di jalanan- pergerakan pulak mudah dikawal dan laju sikit. Basikal ne jugak aku rancang untuk jadikan basikal pengembara. Nak kembara pe mana ya?














Tuesday, December 6, 2011

Keluarga Baru Kuzai!


Happy nampak!
Petang semalam si Kuzai ge kedai basikal. Memang tak sabar nampaknye si Kuzai nak kayuh basikal baru. Basikal Mtb lame dah jual kat member, jadi top-up sikit dapatlah beli basikal road. Basikal ne gak yang akan dibawa (guna van) ge kayuh keliling Pulau Pangkor pada 9hb. Disember 2011. Ambil keputusan beli basikal road ne pasal nak buat basikal touring. Tahun depan cadang, nak kayuh jauh sikit dari Kuala Lumpur. Ye lah! Tak kan kayuh kat KL je, tentulah jemu.Asik-asik jalan yang sama dengan watak yang sama.

Si Kuzai ne nak gak simpan dua buah basikal. Basikal road dan basikal bukit, tapi buat masa ne belum ada modal nak beli satu lagi. Pembelian basikal eloklah dilakukan secara berperingkat. Faham ajelah, kalu dah main basikal ne! Kene pakai jersi, helmet, sarung tangan dan kasut. Tu belum lagi beli aksesori atau kos penyelengaraan macam beli tiub tayar dan lain-lain.

Lepas ne tunggu pulak kelurga baru Mj! Hehehe...
Salam dari Kakikayuh! "Go out ride the bike and just enjoy life"

Publish Post by Kakikayuh!




























Wednesday, November 30, 2011

Geng Kaki Kayuh!



























Salam kepada Kaki Kayuh!

Oleh kerana dah banyak aktiviti berkayuh, kawan aku cadangkan buat blog khas untuk aktiviti berbasikal. Nak crate blog baru taklah susah sangat, tapi siapa pulak yang rajin nak taip entri. Kebetulan plak aku masih ada blog Pahat Berbunyi! yang jarang-jarang dilawati oleh kaki blog- pasal enteri-nye macam rojak. Mulai hari ini aku nak jadikan blog ne khas untuk Geng Kakikayuh! Jadi aku editlah title dan tukar template. Bila dah tukar template, yang pasti susunan ayat tentu kelang-kabut. Aku kene edit balik satu persatu. Haraf maaf sikiranya ada kesilapan susunan ayat, pasal aku belum habis edit lagi!


Saturday, November 5, 2011

Mutiara Damansara!



Sabtu petang!
Jalan-jalan cari makan ke arah Mutiara Damansara. Mula-mula kene dapatkan parking lot dulu. Petang cam ne selalunye tempat letak kereta kat Ikea penuh. Tiga kali pusing barulah lega pasal ada kereta keluar. Lepas tu acara yang mesti dibuat bila dah sampai kat Mutira Damansara ne ialah cuci mata kat dalam Ikea, kira macam window shopping lah!

Puas hati kalau jalan-jalan kat Ikea. Niat memang tak nak beli, pasal datang kat sini nak makan tengahari je. Tapi kalu dah berkenan terpaksa gak beli walaupun hanya sebuah jam dinding! Hehehe...
























Keluar dari kauter bayaran Ikea, beli lah beberapa ketoi karipap. Kat sini kari-pap atau orang putih cakap puff aje, memang sedap! Lepas tu keluar menuju The Curve shopping mall. Perut dah keroncong! Kami cari Medan Selera. Beli Nasi Ayam dan Nasi Goreng - makan kat Rasa Food Arena. Harga jangan tanya beb! Inikan kawasan orang-orang loded. Kalau rasa tak mampu masuk restoran atau cafe, makan ajelah kat Food Arena.

Lepas makan, acara berikutnye ialah menyusuri gera-gerai di tengah The Curve. Bukan nak beli pun! Saje nak menyibuk. Ramai gak kaum kat sini termasuk pelancung dari luar negara. Lepas tu acara seterusnye pergi One Utama Shopping Centre.


Publish post by KuzaiLisa!