Tuesday, December 6, 2011

Keluarga Baru Kuzai!


Happy nampak!
Petang semalam si Kuzai ge kedai basikal. Memang tak sabar nampaknye si Kuzai nak kayuh basikal baru. Basikal Mtb lame dah jual kat member, jadi top-up sikit dapatlah beli basikal road. Basikal ne gak yang akan dibawa (guna van) ge kayuh keliling Pulau Pangkor pada 9hb. Disember 2011. Ambil keputusan beli basikal road ne pasal nak buat basikal touring. Tahun depan cadang, nak kayuh jauh sikit dari Kuala Lumpur. Ye lah! Tak kan kayuh kat KL je, tentulah jemu.Asik-asik jalan yang sama dengan watak yang sama.

Si Kuzai ne nak gak simpan dua buah basikal. Basikal road dan basikal bukit, tapi buat masa ne belum ada modal nak beli satu lagi. Pembelian basikal eloklah dilakukan secara berperingkat. Faham ajelah, kalu dah main basikal ne! Kene pakai jersi, helmet, sarung tangan dan kasut. Tu belum lagi beli aksesori atau kos penyelengaraan macam beli tiub tayar dan lain-lain.

Lepas ne tunggu pulak kelurga baru Mj! Hehehe...
Salam dari Kakikayuh! "Go out ride the bike and just enjoy life"

Publish Post by Kakikayuh!




























No comments:

Post a Comment