Monday, December 12, 2011

KAYUH KELILING PULAU!

Salam Bro!
Hari ne Sabtu, adalah hari kedua kami berada di Pulau Pangkor. Salepas sarapan pagi kat kopi haus, kami pun mula kayuh tinggalkan apartments dan menuju pekan Pangkor. Melalui pekan pagi-pagi cam ne memanglah sibuk dengan orang ramai nak ge pasar. Aktiviti waktu pagi tambah haru biru bila ramai pelancung masuk ke pulau melalui jetty. Yang paling sibuk pastilah teksi merah jambu. Memang jambu beb! Teksi ne hanyalah sabuah van dan macam biasalah di mana-mana pun sama. Pandu laju macam pelesit!
































Kami kayuh melalui pekan retro Pangkor menuju tempat sejarah bekas penjajah Belanda.
Menyusuri jalan yang berbukit, pemandangan memang cantik beb. Di kiri jalan kelihatan jetty, boat nelayan, kapal layar dan rumah-rumah usang kaum nelayan. Terus kayuh dan ada gak rumah yang cantik dan sedang buat kenduri kahwin. Satelah berhenti kat Batu Bersurat, kami U-Turn arah ke pekan Pangkor. Dari sini kayuhan diteruskan dan sedikit mendaki sebelum berhenti kat kedai basikal di pekan Sungai Pinang. Salah satu basikal (fixie) kene pasang brek baru pasal kemungkinan laluan berbukit makin tinggi. Sayangnye kedai basikal ne tak de alat ganti brek fixie! Apapun apek tu pasang gak brek basikal budak sekolah. Takpe janji ada brek depan belakang. Kalau harap satu brek depan je, mungkin ketika menurun basikal fixie dengan penunggang sekali masuk longkang!






















Selesai apek pasang brek, kami teruskan kayuh menuju Teluk Dalam. Laluan tadi berbukit dan bengkang bengkok. Kemeja T yang kami pakai dah mula basah, dan tekak kami pun haussssss! Berhenti jap kat sini sambil si Uan beli air pasal air botol kami dah kering. Pantai ne tak de pelancung mungkin jauh dari tempat penginapan atau teluk nye memang dalam dan di larang mandi. Tapi kami tak nampak pulak papan tanda "Di larang Mandi". Lepas basahkan tekak, kami teruskan kayuh arah Coral Beach.


Menyusiri laluan ne memang memerlukan kudrat dan mental yang kuat. Mana tidaknye!
Salepas menyusuri laluan landai, jalan mula bengkang bengkok dan berbukit. Kalau setakat bukit biasa tak pe, ini mengalahkan bukit Genting. Kami dah tak mampu nak kayuh. Lepas satu bukit ada lagi bukit- tolak ajelah basikal. Bukit demi bukit kami terpaksa lalui dan dah entah kali keberapa kami berhenti pasal penat dah haus.

Sampai kat Coral Beach (pantai tumpuan pelancung dari Europe) kami berhenti pasal te
nguk ramai mat salleh. Wowwww! Menarik dan tertarik betul kami. Ada gak member kami yang melopong tenguk pompuan mat salleh separuh bogel berjemur kat tepi pantai. Sambil memer-hatikan gelagat pelancung, sempat gak klik sana dan klik sini terutama si Uan lah. Perut yang tadi nye rasa lapar dah macam kenyang pulak! Dah puas cuci mata kami teruskan kayuhan menuju Teluk Nipah.



Kat Teluk Nipah kami berhenti untuk makan tengahari. Ingatkan nak makan kat gerai semalam, penuh pulak sampai tak de meja kosong. Makanlah kat gerai yang mejanye disusun mengadap pantai. Sambil makan dapatlah tenguk pasir, ombak, langit biru, jet sky dan orang ramai yang sedang mandi-manda. Bila habis makan dan part nak bayar, tekejut beruk pasal harga makanan kat sini mahal! Dah makan kan...kenelah bayar beb! Mungkin harga makanan mahal disebabkan duduk mengadap laut! Huhuhu...

Selesai acara makan, kami teruskan kayuh. Kali ne tak lah tinggi sangat bukitnye. Lagi pun otak kami dah tau laluan ne cam maner, pasal semalam dah ge Teluk Nipah. Kayuh dan terus kayuh, akhirnye selamat gah kami sampai kat tempat penginapan tanpa insiden!

Nota Kaki: Cuba perhatikan photo kat bawah ne. Dua budak lelaki sedang berjalan kat pekan Teluk Nipah. Budak yang paling kanan tu lah si Uan janji nak jual fixie biru. Tapi fixie tak leh jual dik, kalu jual camner gua nak balik? Sorry aaa!

No comments:

Post a Comment