Friday, July 23, 2010

facebook miliki 500 juta pengguna!

San Francisco 22 July-
Jumlah pengguna laman sosial facebook mencecah 500 juta semalam dan ini bermakna nisbah seorang bagi setiap 14 orangdi seluruh dunia kini mendaftar pada perkhidmatan laman sosial ini.

Kata pengasas facebook, Mark Zuckerberg " Misi kami di facebook ialah membantu membina dunia yang lebih terbuka dan sentiasa berhubungan. Saya tidak pernah membayangkan semua cara manusia akan menggunakan facebook ketika kami memulakannya enam tahun lau". Masyarakat Amerika Syarikat bertambah obses dengan facebook dan ramai wanita muda memeriksa laman mereka walaupun sebelum menggunakan tandas pada waktu pagi, menurut tinjauan pendapat yang dikeluarkan minggu lepas.- AFP

Sejarah facebook!
facebook merupakan sebuah jaringan sosial di dunia. Sejarah penemuan facebook dimulakan oleh Mark Zuckerberg ketika beliau sedang mengikuti pengajian di Universiti Harvard. Pada waktu itu kumpulan pengguna dari halaman ini adalah terhad kepada pelajar-pelajar di universiti Harvad dan diluaskan lagi kepada beberapa unversiti disekitarnya. Halaman ini dilancarkan pada 4 Febuari 2004 dan sekarang telah memiliki lebih dari 500 juta pengguna aktif diseluruh dunia.


Sumber dari :
Abd. Halim Bohadean
Unversiti Tun Abdul Razak

No comments:

Post a Comment