Wednesday, July 7, 2010

RANGKAIAN SOSIAL

Tugas polis mengesan suspek, penjenayah dan orang yang dikehendaki kini lebih mudah melalui pengunaan rangkaian sosial menerusi inetrnet.

Kita tidak pasti sejauh mana PDRM sudah menggunakan facebook atau Twitter misalnya untuk mengesan individu- individu terbabit, tetapi agensi polis antarabangsa (Interpol) telah mula menggunakannya. Hasilnya beberapa suspek berprofil tinggi berajaya dikesan dan ditahan.

Mengambil contoh Interpol, PDRM sepatutnya boleh mula menggunakan rangkaian sosial itu dalam usaha menyelesaikan kes-kesnya. Kita tahu facebook atau laman sembang, misalnya merupakan kaedah yang paling berkesan untuk berbuat demikian.

Awang melihat penggunan rangkaian itu kini sudah menjadi satu fenomena. Ia adalah jaringan yang paling bijak dan cepat untuk mengesan sesiap pun. Antara rangkaian yang paling popular di dunia sekarang ialah facebook, Bebo, dan Twitter. MySpace dan Linkedln digunakan secara meluas di-Amerika Utara; Nexopia di Kanada - Bebo, Hi5, Hyves (di Belanda), StudiVZ di Jerman, iWiW (di Hungary), Tuenti di Sepanyol. Decayenne, Tagged, XING, Badoo dan Skyrock di kebanyakan Eropah. Orkut dan Hi5 di Amerika Selatan dan Tengah dan Frindster, Mixi, Multiply, Orkut, Weetch, Renren, dan Cyworld di Asia serta Kepulauan Pasifik- Orkut dan facebook di India.

Apa tunggu lagi PDRM dan pengutkuasa lain. Kita berharap banyak lagi geng rompak yang membabitkan rakyat negara jiran dapat diselesaikan melalui kaedah ini.


Bisik-Bisik

Awang Selamat
Selasa 6 July 2010

No comments:

Post a Comment