Saturday, December 31, 2011

ABBA Happy New Year



Salam dan Selamat Tahun Baru!

Semuga pembaca blog Geng Kaki Kayuh terus mengikuti perkembangan kami melalui story bergambar. Tahun 2012 ne, pelan telah diatur seperti berkayuh dan berkemah di Bukit Laggong, kayuh di Bandar Melaka, berkayuh disekitar Kuala Selangor Fireflies, Taiping, Janda Baik atau
berkayuh sekitar Desaru!

Harapan kami di tahun 2012, lebih ramai yang memiliki basikal - kira macam basikal tu rakan rapat anda. Kalaulah sabuah rumah ada sebuah basikal, tentu setiap bandar di Malaysia mempunyai lorong basikal. Begitu juga syarikat pembinaan projek mega masa-depan, perlulah menge-mukakan cadangan pelan yang mengutamakan go green dengan pembinaan lorong-lorong basikal.

Jika ada pelan pembinaan bandar baru, perlu ada laluan trafik khas bas dan teksi serta lori untuk ke loading bay. Keanderaan biasa saperti motosikal dan kereta tidak boleh menghampiri rapat pintu masuk bangunan kecuali vip sahaja. Syarikat pembinaan perlulah membina laluan motosikal dan kereta terus kedalam bangunan, di mana telah disediakan tempat letak motosikal dan kereta berbumbung. Dibahagian bawah bangunan selalunye menempatkan pusat beli-belah, dimana orang ramai boleh berurusan melalui tangga bergerak dalam bangunan.

Dibahagian hadapan pula disediakan taman dimana orang ramai boleh berehat sambil membawa
anak-anak mereka bermain. Syarikat pembinaan juga boleh membina tempat letak basikal
berbumbung berhampiran taman-termasuk ciri-ciri keselamatan dengan pengunaan keykad.
Gambaran bangunan dan pusat beli-belah masa depan ialah tidak kelihatan motosikal dan kereta diletakan dihadapan bangunan atau sekitar perimeter. Yang anda lihat ialah hijaunye taman serta sejuknye pancutan air dengan anak-anak bebas bermain dan ibu bapa relex duduk di kerusi taman dengan dipantau melalui sistem keselamatan setempat cctv.

Akhir kata dari Geng Pahat Berbunyi, nikmatilah lagu Happy New Year dari kumpulan AbbA
yang terkenal sekitar tahun 70'an. Salam sayang dan salam ceria dari kami. Selamat berkayuh!


Publish Post by Pahat Berbunyi!


































Publish Post by Pahat Berbunyi!

No comments:

Post a Comment