Thursday, September 23, 2010

BENDERA PROTES LAGI!

Jakarta 22 Sept. - Kira-kira 500 rakyat Indonesia melancarkan protes bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta hari ini untuk mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah dari negara ini oleh majikan Malaysia.

"Malaysia sudah melampau, Sekali lagi mereka menyeksa dan merogol pembantu rumah kami. Kami sudah hilang sabar. Mereka menghina Indonesia dan rakyatnya," kata anggota kumpulan Benteng DemokrasiRakyat(Bendera), Mustar Bonaventura.


Utusan Malaysia-AFP


Wednesday, September 22, 2010

facebook + PDRM

Kuala Lumpur 21 Sept-
Menyedari kepentingan laman sosial popular facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ni melancarkan akaunnya sendiri bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pasukan itu, media dan masyarakat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, langkah itu diambil bagi mengg lakan komunikasi antara PDRM dan masyarakat secara interaktif tanpa mengambil kira perbezaan kaum, status, umur dan jantina.


www.facebook.com/polisdirajamalaysia

Monday, August 30, 2010

TANGGAL 31 OGAS 1957

Peristiwa bersejarah ini telah lama berlalu sehingga kita lupa cahaya lilin dan dapur minyak tanah pernah menjadi lumrah kehidupan. Ya, banyak yang kita tidak ingat lagi. Jika bukan kerana detik kegemilangan ini, belum tentu kita dapat miliki segala yang dinikmati hari ini.Hargailah Hari Kemerdekaan. Dengan cara ini, kita dapat mensyukuri segala nikmat yang ada... termasuklah cahaya yang membolehkan anda membaca pesanan ini.

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-53!



Pesanan dari TNB/LNN

Sunday, August 8, 2010

LEADS TO KILLER!



Manila: Philippine police yesterday said they used facebook to track down a Filipino computer technician blamed for the gruesome murders of nine people, three of them foreigners.

The suspect, Mark Dizon 28, was captured by police on Tuesday in San Fernando City north of Manila after his father, fearful that his son would be killed in a gunbattle, arranged to meet him. Dizon was initially identified by witnesses through his facebook account, where police found out that a daughter of one of the victims was an ex-girlfriend........

He said Dizon apparently closed his facebook account recently after sensing police were on his heels, but two witnesses had already positively identified him using his profile picture. Dizon is suspected of killing American Albert Mitchell-70, Briton James Porter-51, and Canadian Geoffrey Bennun-60, their three Filipina partners and three Filipino domestic helpers in separate attacks in Angeles this month.......Muder charges will be filed against Dizon later..

AFP

Friday, July 23, 2010

facebook miliki 500 juta pengguna!

San Francisco 22 July-
Jumlah pengguna laman sosial facebook mencecah 500 juta semalam dan ini bermakna nisbah seorang bagi setiap 14 orangdi seluruh dunia kini mendaftar pada perkhidmatan laman sosial ini.

Kata pengasas facebook, Mark Zuckerberg " Misi kami di facebook ialah membantu membina dunia yang lebih terbuka dan sentiasa berhubungan. Saya tidak pernah membayangkan semua cara manusia akan menggunakan facebook ketika kami memulakannya enam tahun lau". Masyarakat Amerika Syarikat bertambah obses dengan facebook dan ramai wanita muda memeriksa laman mereka walaupun sebelum menggunakan tandas pada waktu pagi, menurut tinjauan pendapat yang dikeluarkan minggu lepas.- AFP

Sejarah facebook!
facebook merupakan sebuah jaringan sosial di dunia. Sejarah penemuan facebook dimulakan oleh Mark Zuckerberg ketika beliau sedang mengikuti pengajian di Universiti Harvard. Pada waktu itu kumpulan pengguna dari halaman ini adalah terhad kepada pelajar-pelajar di universiti Harvad dan diluaskan lagi kepada beberapa unversiti disekitarnya. Halaman ini dilancarkan pada 4 Febuari 2004 dan sekarang telah memiliki lebih dari 500 juta pengguna aktif diseluruh dunia.


Sumber dari :
Abd. Halim Bohadean
Unversiti Tun Abdul Razak

Monday, July 19, 2010

KOLONEL SENDERS MALAYSIA

Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCrop) akan meletakan jawatannya dalam syarikat milik Kerajaan Negeri Johoryang diumumkan pada awal minggu lalu.

Beliau yang turut digelar Kolonel (Harlands) Sanders (M) kerana miripnya seperti pengasas KFC yang terkenal,menegaskan tiada alasan lain atau tekanan yang diterimaoleh mana-mana pihak sehingga mendorongnya menghantar surat perletakan jawatan.

Semantara itu, sumber industri berkata, pengunduran orang kuat JCrop itu adalah semata-mata bertujuan membuka laluan kepada kepimpinan baru. Sumber itu berkata, sudah sampai masanya kedua-dua jawatan itu diserahkan kepada pemimpin baru, salepas 28 tahun di bawah kepimpinan Muhammad Ali yang telah berkhidmat dengan syarikat milik Kerajaan Negeri Johor selama lebih 30 tahun.

" Sudah sampai seru, kalau bukan hari ini saya berbuat demikian ( letak jawatan ), lambat laun saya pasti berhenti juga".

Muhammad Ali Hashim
Pengerusi & Ketua Eksekutif
Johor Corporation ( JCorp )

Wednesday, July 7, 2010

RANGKAIAN SOSIAL

Tugas polis mengesan suspek, penjenayah dan orang yang dikehendaki kini lebih mudah melalui pengunaan rangkaian sosial menerusi inetrnet.

Kita tidak pasti sejauh mana PDRM sudah menggunakan facebook atau Twitter misalnya untuk mengesan individu- individu terbabit, tetapi agensi polis antarabangsa (Interpol) telah mula menggunakannya. Hasilnya beberapa suspek berprofil tinggi berajaya dikesan dan ditahan.

Mengambil contoh Interpol, PDRM sepatutnya boleh mula menggunakan rangkaian sosial itu dalam usaha menyelesaikan kes-kesnya. Kita tahu facebook atau laman sembang, misalnya merupakan kaedah yang paling berkesan untuk berbuat demikian.

Awang melihat penggunan rangkaian itu kini sudah menjadi satu fenomena. Ia adalah jaringan yang paling bijak dan cepat untuk mengesan sesiap pun. Antara rangkaian yang paling popular di dunia sekarang ialah facebook, Bebo, dan Twitter. MySpace dan Linkedln digunakan secara meluas di-Amerika Utara; Nexopia di Kanada - Bebo, Hi5, Hyves (di Belanda), StudiVZ di Jerman, iWiW (di Hungary), Tuenti di Sepanyol. Decayenne, Tagged, XING, Badoo dan Skyrock di kebanyakan Eropah. Orkut dan Hi5 di Amerika Selatan dan Tengah dan Frindster, Mixi, Multiply, Orkut, Weetch, Renren, dan Cyworld di Asia serta Kepulauan Pasifik- Orkut dan facebook di India.

Apa tunggu lagi PDRM dan pengutkuasa lain. Kita berharap banyak lagi geng rompak yang membabitkan rakyat negara jiran dapat diselesaikan melalui kaedah ini.


Bisik-Bisik

Awang Selamat
Selasa 6 July 2010