Tuesday, December 13, 2011

JOM GE PANGKOR!


























Percutian kali ne kami pilih untuk ke Pulau Pangkor!
Kami tiba di pekan Lumut dengan selamat. Singgah dulu kat gerai berhampiran jetty untuk makan tengahari. Bila perut dan di isi, kami gerak untuk menaiki ferry. Ferry berhenti kejap kat jetty Sg Pinang dan lepas tu henti kat jetty Pangkor. Untuk sampai kat penginapan, kami kene kayuh sejauh 2km. Lepas tu chek-in di Coral Bay Resort yang terletak di Pasir Bogak. Selesai urusan di kauter penyambut tetamu, kami segera masuk ke apartment untuk berehat.



Berehat sekejap - Lepas mandi kami turun kebawah dan kayuh basikal menuju pantai Pasir Bogak. Sepanjang menyusuri laluan ke pantai, kelihatan di kiri kanan jalan kedai- kedai menjual pakaian mandi, kedai ikan bilis, warung burger, gerai makanan dan juga basikal dan motosikal untuk di sewa. Lepas menikmati pemandangan dan klik sana klik sini, kami kayuh menuju pantai Teluk Nipah.



Pertama kali berkayuh kat Pulau Pangkor Beb! Ada yang kayuh mtb, road bike, hybrid dan fixie. Basikal fixie yang di kayuh oleh Uan dengan logo Angry Birds nampak fancy. Pemegang pendek, freewheel mati dan hanya ada brek depan itu pun dah kematu getahnye. Bila laluan mendaki, pastilah kene turun dan tolak basikal. Lepas tu plak melalui jalan bengkang-bengkuk dan menurun, apa lagi haru- birulah siUan. Nasib baik masih boleh kawal lagi ketika menuruni bukit Pangkor! Kalu tidak pasti cium jalan tar.

Besoknyer, kami kayuh pulak keliling pulau. Bermula dari tempat penginapan, kami gerak ke pekan Pangkor menuju Kg. Teluk Gedung. Kat sini kami singgah di Dutch Fort and Scared Rock. Lepas tu pusing balik ke arah pekan dan terus kayuh menuju pekan Sg Pinang, Teluk Cempedak dan Teluk Dalam. Terus kayuh melalui Airport, Belanga Bay, Coral Beach dan berhenti makan tengahari di Teluk Nipah.



Last day kat Pulau Pangkor!
Bangun pagi nak brekfast, tapi nak sarap kat pekan Pangkor. Jadi Kuzai dan Lisah aje yang brekfast kat kopi haus. Pagipagi camne malas dah nak kayuh, jadi kami tunggang motosikal je! Lepas sarapan kami balik ke tempat penginapan dan siap-siap untuk chek-out. Lepas tu kami kayuh dan tinggalkan Coral Bay Resort dengan sedikit kenangan.


Setelah ferry sampai kat jetty Lumut, kami pun berpecah kepada dua kumpulan. (I) Azhar, Uan dan Mahfol nak makan tengahari (II) Kuzai, Lisah, Ahmad dan Mj nak ge beli hasil tangkapan laut, macam sotong madu, maruku ikan atau beli ikan bilis untuk ole-ole!


Nota Kaki: Masa kat pekan Lumut tu, sempat gak doktur dan bomoh merawat pesakit pompuan mat salleh dari Europe. Si Azhar siap bagi sebotol minyak gamat! Hehehe..... Photo kat bawah ne pulak, Mj dah tukar warna kulit-maklumlah asyik berjemur je kat tepi pantai!

Monday, December 12, 2011

KAYUH KELILING PULAU!

Salam Bro!
Hari ne Sabtu, adalah hari kedua kami berada di Pulau Pangkor. Salepas sarapan pagi kat kopi haus, kami pun mula kayuh tinggalkan apartments dan menuju pekan Pangkor. Melalui pekan pagi-pagi cam ne memanglah sibuk dengan orang ramai nak ge pasar. Aktiviti waktu pagi tambah haru biru bila ramai pelancung masuk ke pulau melalui jetty. Yang paling sibuk pastilah teksi merah jambu. Memang jambu beb! Teksi ne hanyalah sabuah van dan macam biasalah di mana-mana pun sama. Pandu laju macam pelesit!
































Kami kayuh melalui pekan retro Pangkor menuju tempat sejarah bekas penjajah Belanda.
Menyusuri jalan yang berbukit, pemandangan memang cantik beb. Di kiri jalan kelihatan jetty, boat nelayan, kapal layar dan rumah-rumah usang kaum nelayan. Terus kayuh dan ada gak rumah yang cantik dan sedang buat kenduri kahwin. Satelah berhenti kat Batu Bersurat, kami U-Turn arah ke pekan Pangkor. Dari sini kayuhan diteruskan dan sedikit mendaki sebelum berhenti kat kedai basikal di pekan Sungai Pinang. Salah satu basikal (fixie) kene pasang brek baru pasal kemungkinan laluan berbukit makin tinggi. Sayangnye kedai basikal ne tak de alat ganti brek fixie! Apapun apek tu pasang gak brek basikal budak sekolah. Takpe janji ada brek depan belakang. Kalau harap satu brek depan je, mungkin ketika menurun basikal fixie dengan penunggang sekali masuk longkang!






















Selesai apek pasang brek, kami teruskan kayuh menuju Teluk Dalam. Laluan tadi berbukit dan bengkang bengkok. Kemeja T yang kami pakai dah mula basah, dan tekak kami pun haussssss! Berhenti jap kat sini sambil si Uan beli air pasal air botol kami dah kering. Pantai ne tak de pelancung mungkin jauh dari tempat penginapan atau teluk nye memang dalam dan di larang mandi. Tapi kami tak nampak pulak papan tanda "Di larang Mandi". Lepas basahkan tekak, kami teruskan kayuh arah Coral Beach.


Menyusiri laluan ne memang memerlukan kudrat dan mental yang kuat. Mana tidaknye!
Salepas menyusuri laluan landai, jalan mula bengkang bengkok dan berbukit. Kalau setakat bukit biasa tak pe, ini mengalahkan bukit Genting. Kami dah tak mampu nak kayuh. Lepas satu bukit ada lagi bukit- tolak ajelah basikal. Bukit demi bukit kami terpaksa lalui dan dah entah kali keberapa kami berhenti pasal penat dah haus.

Sampai kat Coral Beach (pantai tumpuan pelancung dari Europe) kami berhenti pasal te
nguk ramai mat salleh. Wowwww! Menarik dan tertarik betul kami. Ada gak member kami yang melopong tenguk pompuan mat salleh separuh bogel berjemur kat tepi pantai. Sambil memer-hatikan gelagat pelancung, sempat gak klik sana dan klik sini terutama si Uan lah. Perut yang tadi nye rasa lapar dah macam kenyang pulak! Dah puas cuci mata kami teruskan kayuhan menuju Teluk Nipah.



Kat Teluk Nipah kami berhenti untuk makan tengahari. Ingatkan nak makan kat gerai semalam, penuh pulak sampai tak de meja kosong. Makanlah kat gerai yang mejanye disusun mengadap pantai. Sambil makan dapatlah tenguk pasir, ombak, langit biru, jet sky dan orang ramai yang sedang mandi-manda. Bila habis makan dan part nak bayar, tekejut beruk pasal harga makanan kat sini mahal! Dah makan kan...kenelah bayar beb! Mungkin harga makanan mahal disebabkan duduk mengadap laut! Huhuhu...

Selesai acara makan, kami teruskan kayuh. Kali ne tak lah tinggi sangat bukitnye. Lagi pun otak kami dah tau laluan ne cam maner, pasal semalam dah ge Teluk Nipah. Kayuh dan terus kayuh, akhirnye selamat gah kami sampai kat tempat penginapan tanpa insiden!

Nota Kaki: Cuba perhatikan photo kat bawah ne. Dua budak lelaki sedang berjalan kat pekan Teluk Nipah. Budak yang paling kanan tu lah si Uan janji nak jual fixie biru. Tapi fixie tak leh jual dik, kalu jual camner gua nak balik? Sorry aaa!

Wednesday, December 7, 2011

Hybrid Mj!


Salam sayang dari Kakikayuh!

Semalam tunggu pangilan dari kedai basikal Samy, pasal ada tempah Hybrid warna gold.
Tunggu punyer tunggu sampailah ke petang si Samy tak call. Akhirnye aku pulak yang call Samy. Katanye basikal baru je sampai dan tengah pasang. Aku pun ajaklah Kuzai temankan aku ambik basikal baru jenama cap ayam. Walaupong ujan lebat petang tu, kami redah je, pasal gian sangat nak ambik basikal baru.

Sampai kat kedai, si Samy kata warna gold tak de. Pulak dah! Tadi masa aku call tak pulak dibagi tau. Hendak tak nak, aku kene ambik gah warna merah putih. Mintalah set botol air free kat Samy. Tak dapat beb! Punyelah kedekut si Samy ne!!! Patunye bagilah aksessori percuma macam kunci, botol air, sarung tangan atau meter ke! Kedekutttttttt!!!

Lepas bayar baki harga basikal aku ajak Kuzai minum sambil tunggu Mahful. Lepas tu kami kayuh menuju Tasik Layang-Layang - kira macam bike testlah beb! Pasal basikal aku ne pulak jenis Hybrid iaitu gabungan basikal road dan basikal bukit. Sesuai sangatlah untuk digunakan di jalanan- pergerakan pulak mudah dikawal dan laju sikit. Basikal ne jugak aku rancang untuk jadikan basikal pengembara. Nak kembara pe mana ya?














Tuesday, December 6, 2011

Keluarga Baru Kuzai!


Happy nampak!
Petang semalam si Kuzai ge kedai basikal. Memang tak sabar nampaknye si Kuzai nak kayuh basikal baru. Basikal Mtb lame dah jual kat member, jadi top-up sikit dapatlah beli basikal road. Basikal ne gak yang akan dibawa (guna van) ge kayuh keliling Pulau Pangkor pada 9hb. Disember 2011. Ambil keputusan beli basikal road ne pasal nak buat basikal touring. Tahun depan cadang, nak kayuh jauh sikit dari Kuala Lumpur. Ye lah! Tak kan kayuh kat KL je, tentulah jemu.Asik-asik jalan yang sama dengan watak yang sama.

Si Kuzai ne nak gak simpan dua buah basikal. Basikal road dan basikal bukit, tapi buat masa ne belum ada modal nak beli satu lagi. Pembelian basikal eloklah dilakukan secara berperingkat. Faham ajelah, kalu dah main basikal ne! Kene pakai jersi, helmet, sarung tangan dan kasut. Tu belum lagi beli aksesori atau kos penyelengaraan macam beli tiub tayar dan lain-lain.

Lepas ne tunggu pulak kelurga baru Mj! Hehehe...
Salam dari Kakikayuh! "Go out ride the bike and just enjoy life"

Publish Post by Kakikayuh!