Sunday, June 27, 2010

PETERPORN?


ADA setengah orang sampai terkejut macam beruk apabila tahu Ariel Peterpen dan Luna Maya buat vedio lucah. Ada pula begitu nak tahu dengan mendalam, kenapa, apa dan dimana. Semuanya dia nak tahu. Sikap orang kita yang terkejut sampai jadi beruk menunjukan seolah-olah artis tak buat benda-benda itu.

Siti sejak dulu lagi kata Ariel tu sampah Indonesia yang dibawa masuk ke sini. Tapi banyak pula kutu- kutu yang otak bengap menganggap Siti buta seni. Kata mereka Ariel itu maha hebat. Mereka puja. Sebab itu banyak yang menjadi beruk bila tahu Ariel buat viedo lucah.

Tapi Siti sikit pun tak terkejut Ariel dengan Luna Maya buat vedio itu. Apa yang luar biasanaya artis buat benda- benda tak senonoh macam tu? Jangan kata artis Indonesia atau Hollywood, artis kita apa kurangnya. Tengoklah pergaulan artis-artis kita. Cuma yang bezanya mungkin artis kita tak rakam tapi Si Ariel yang bengap tu merakam dan untuk orang seluruh dunia tengok.

Ada yang tanya Siti betul tak Ariel dan Luna Maya dalam video tu? Siti tanya dia, kalau betul dan kalau tak betul, adakah sesuatu yang mengubah hidup kita? Adakah kisah bodoh Ariel ini memberi kesan kepada rutin harian kita? Kalau tak ada kesan apa-apa, tak payah fikirlah..............

Kalau selepas ini Ariel datang buat konsert di negara ini, kita sambutlah dengan karpet merah. Siti bertuah kerana tidak termasuk dalam kelompok yang minat Ariel dan artis-artis yang jadi makhluk perosak.


Siti Jarum@utusan.com.my
Ahad 27 Jun 2010 PANCAINDERA

1 comment:

  1. Panas!panas!panassss...
    Siti Jarum memang panas! Hahaha...

    ReplyDelete