Tuesday, June 22, 2010

RAHSIA KEKAL MUDA

Lakukan sesuatu yang menyeronokkan diri dan nikmati kerjaya serta hidup anda untuk kekal muda dan sihat pada usia emas. Itulah petua utama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85 - ketika berkongsi rahsia mengekalkan kesihatan dan kecergasan badan p a d a Persidangan Penuaan Sihat Malaysia Kelima hari ini.

" Saya tidak pernah hilang minat dalam politik dan saya nikmati setiap saat sebagai Perdana Menteri dan juga apa jua kerja yang saya lakukan sekarang. Dengan adanya blog, saya dapat mengekalkan minda yang aktif dengan memberi komen terhadap orang lain ( ahli politik) dan ini membuat diri berasa hebat dan gembira. Rasa gembira itu seterusnya mengekalkan keremajaan diri".

"Mereka yang tidak gembira lebih cepat kelihatan tua kerana muka perengus yang kurang senyum dan suka memarahi orang akan lebih cepat kendur berbanding mereka yang kerap senyum gembira" ujarnya. Tambah beliau, tidak perlu untuk berkerja keras dalam sesuatu yang tidak membawa kegembiraan kepada diri sendiri kerana tindakan itu hanya akan mem- percepatkan proses penuaan. Lebih penting lagi, saya tidak merokok dan tidak mahu membelanjakan wang untuk sesuatu yang tidak sedap di mulut dan merosakan paru-paru kita," jelasnya.

" Nikmati kerjaya dan hasil kerja anda, teruja menanti hari esok dan kekal gembira dengan kehidupan anda".

Tun Dr. Mahathir Mohamad-85
Bekas Perdana Menteri



Nurul Anuar Kari

pengarang@utusan .com.my

No comments:

Post a Comment