Tuesday, June 15, 2010

JENAYAH PERANG ZIONIS!


Salam Blogger!

Sajak menduduki Palestin pada Jun 1967, Zionis telah melakukan banyak pencerobohan, pencabulan hak asasi termasuk pembunuhan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa seperti yang berlaku di Sabra dan Shatila kira-kira 28 tahun lalu.

" Serangan ke atas hospital, stor bekalan makanan dan ubatan PBB, sekolah , masjid serta kemudahan awam jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan negara itu sebenarnya boleh didakwa kerana melakukan jenayah perang".

Malah berdasarkan laporan kumpulan Hak Asasi Manusia, iaitu Amnesty International semasa serangan 21 hari Israel ke atas Gaza pada Disember 2008, rejim itu didakwa secara terang-terangan menggunakan fosforus putih keatas kawasan yang padat dengan penduduk di Gaza secara rambang sehingga menyebabkan penderitaan kepada rakyatnya.

"Bagaimanapun selagi AS dan sekutunya terus memberi perlindungan kepada rejim Israel, maka selagi itulah Isreal terus kebal daripada sebarang tindakan".

Prof. Dr. A
Nizamuddin Sulaimanhmad
Profesor Sains Politik - UKM

1 comment:

  1. Kita hanya mampu bersuara! Bila agaknya dunia
    Islam bersatu dan menubuhkan tentera "Pengaman Islam Sedunia" bagi memerangi Zionis...

    ReplyDelete