Saturday, June 19, 2010

BISIK-BISIK

Awang kagum apabila mengetahui terdapat 2 juta
pengendali blog di Malaysia sekarang. Ia antara lain memberi gambaran jelas betapa masyarakat kita telah terdedah kepada dunia teknologi maklumat dalam kehidupan seharaian.

Media alternatif menjadi saluran popular untuk orang ramai melontarkan pandangan dan kritik terhadap pelbagai perkara. Awang tidak nampak sebarang kebimbangan untuk berbuat demikian selagi ia tidak menyalahi undang-undang negara.
Malah terdapat kandongan blog tertentu yang pada pandangan Awang, "terlepas bebas" dalam memperkatakan sesuatu.

Kebebasan media jelas di negara kita walaupun terdapat pandangan khususnya dari Barat yang cuba mempersoalkan tahap kebebasan media kita. Malah, hakikat bahawa terdapat 151 saluran TV satelit, 9 saluran televisyen siaran percuma, 53 stesen radio serta 76 akbar harian yang diterbitkan oleh pelbagai pihak mengukuhkan lagi betapa pihak berkuasa komited dalam percambahan pemikiran dan pergerakan maklumat.

Apa yang perlu, rakyat hendaklah menggunakan saluran yang terbuka luas untuk menzahirkan apa juga pandangan secara beretika.


Awang Selamat

Jumaat 18 Jun 2010

No comments:

Post a Comment