Sunday, December 25, 2011

AKTIVITI MELAMPAU!


Salam! Kepada rakan kayuh!
Minggu lepas kami kayuh ke Tasek Metro bersama Amiroul, Mahfol, Kuzai Manjapri dan Azhar. Selang beberapa hari-kami kayuh ke tempat yang sama tanpa Amiroul, tetapi kali ne disertai olih Bro Ahmad. Lepas kayuh kami lepak kat gerai sambil tu si Azhar cadangkan sambung kayuh ke pusat bandar. Lepas bayar harga minuman, kami gerak menuju pusat bandar mealalui Bukit Tunku. Keluar susur ke arah Dataran dan lepak sekali lagi kat gerai mamak tepi sungai. Lepas tu kami balik melalui Jalan Raja Laut dan terus kayuh menyusuri Jalan Ipoh.

Aktiviti Melampau!
Selang dua hari lepas tu kami kayuh lagi. Kali ne kami nak kayuh ke arah Bukit Bintang, pasal nak tenguk malam sambutan X'mas! Kami mulakan kayuh jam 1100 malam, menyusuri jalan Bukit Tunku dan berehat kejap kat Dataran Merdeka. Kat dataran kami bertemu 2x kaki kayuh yang baru balik berkayuh dari Bukit Bintang. Satelah mendapat sedikit info dari kaki kayuh tersebut kami gerak arah Jalan Dang Wangi-nak isi perut dulu!















Lepas kami minum- Kayuhan diteruskan melalui Jalan Melaka, beluk ke Jalan Gereja dan terus masuk ke Jalan Bukit Bintang. Kat sini pergerakan kami sedikit terbatas kerana ramai kaum yang baru merayakan X'Mas. Mereka kebanyakan pelancung dari Asia Barat yang tinggal di hotel berhampiran Bukit Bintang. Di permukaan jalan, lorong, dan siarkaki telah dipenuhi sampah. Kami terpaksa tolak basikal kami melalui sampah-sarap yang banyak di siarkaki hadapan BB Plza dan Lot 10.

Lepas puas melihat gelagat kaum Bukit Bintang, kami terusakan kayuh melalui Jalan Yap Kuan Seng. Azhar cadangkan singgah kejap kat KLCC tapi pasal esok Kuzai dan Manjapri kene masuk kojer pagi- Kayuhan terpaksa di teruskan melalui Kg Baru dan terus belok ke Jalan Ipoh. Kayuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh Beb!



Tak letih punnn- Tapi mengantuk! Sampai umah kul 3.30 pagi dan tido kul 4.30 pagi. Cuba bangun pagi kul 6.00 tapi kelopak mata takleh bukak. Tambah 30 minit lagi untuk masa bertenang. Akhirnye sempat gak punch-card sebelum kul 07.00 pagi. Kojer tetap kojer dan sambil layan mata yang dan nak Zzz...zzzz...zzzzz...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz! Masa rehat untuk makan digunakan untuk tido kat surau. Macam kata pepatah Melayu "Saperti orang mengantuk di sorongkan bantal", apalagi lenalah dibuai mimpiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Kalau ada kengkawan yang kene masuk kojer shift pagi! Takleh lah kayuh malam kannn!















No comments:

Post a Comment