Tuesday, May 31, 2011

BERBASIKAL KUATKAN JANTUNG!



oleh: Mohd Hasriq Amiruddin

Aktiviti berbasikal didakwa lebih selamat berbanding dengan aktiviti berjoging atau berjalan kaki kepada mereka yang berusia melebihi 40 tahun ke atas. Pensyarah Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Stephanie Chok berpendapat, aktiviti berbasikal yang menjadi trend sejak kebelakangan ini merupakan perubahan yang baik kepada masyarakat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Stephanie, juga merupakan atlet berbasikal menjelaskan, aktiviti berbasikal mempunyai kebaikan yang sama seperti berenang malah ia juga sesuai untuk dilakukan oleh orang yang obesiti. "Bagi yang gemar berkayuh pada waktu malam, mereka dinasihatkan supaya bergerak secara berkumpulan, di samping menggunakan trek laluan yang mempunyai cahaya lampu jalan yang terang".


Wednesday, May 18, 2011

MINUM AIR MAYAT!



Singapura 17 Mei 2011
Penduduk yang menetap di sebuah flat di Singapura menggunakan air
yang tercemar dengan mayat orang gaji Indonesia tanpa mengetahuinya
sebelum membuat laporan polis tentang penemuan yang mengerikan itu.

Akhbar Straits Times melaporkan beberapa orang penduduk mengadu
kepada pihak berkuasa selepas menyedari air paip mereka kekunigan
dan berbuih luar biasa. Ujar polis, mereka menemui mayat itu selepas
menerima panggilan yang menyatakan mereka me
nemui mayat di dalam
salah satu lap
an buah tangki air di atas blok flat 15 tingkat.

Jurucakap polis
berkata, seorang warganegara Bangladesh berusia 27 tahun
telah ditahan bagi t
ujuan soal siasat atas kematian orang gaji Indonesia itu.
" Ia sungguh menjijikan. Seluruh keluarga saya baru sahaja menghabisakan
satu periuk besar bubur kacang hijau yang saya mas
ak pagi tadi," ujar salah
seorang pend
uduk - Choi Ah Moi, 69 tahun - Afp



Comment Pahat : Pintu menuju roof-top tempat tangki air hendaklah
sentiasa ditutup dan berkunci. Jika boleh pasang cctv untuk mengelakan
sebarang insiden yang tidak di ingini. Ini baru minum air mayat! Camaner
kalu ada mahluk asing yang bubuh racun dalam tangki air?



Monday, May 16, 2011

DARAH BAYAR DARAH!

Aku sambung entri 13 May!

14hb May 1969 -
Aku dapat tau pada malam semalam ada sekumpulan pemuda Melayu yang menahan lori dan cuba membelasah pemandu, tetapi pemandu lori tersebut sempat lari menuju Balai Polis. Olih kerana geram salah saorang pemuda tersebut membakar lori, malangnya pemuda tersebut di sambar api dan meninggal dunia. Pagi ne pula kelihatan sabuah Land Rover Polis menuju arah sungai Gombak. Dari cerita kengkawan aku, ada dua mayat tersangut di sungai kerana mati kene bunuh kat Simpang Tiga.

Lepas tu macam-macam cerita lagi aku dengar, terutama amukan lelaki berpakaian hitam di sekitar Jalan Raja Muda, Jalan Hale, dan Jalan Campbell ( Jalan Dang Wangi). Kumpulan lelaki berpakaian hitam ada yang tak berbaju itu berang apabila pemuda-pemuda China menyerang orang Melayu di Setapak dan di Selayang sambil melaungkan perkataan "Darah Bayar Darah". Aku dapat tau kumpulan lelaki berpakian hitam itu ialah bantuan yang datang dari Sungai Manik, Perak dan Batu Pahat, Johor.

16hb May 1969!
Apabila perintah berkurung bermula, sukarlah penuduk di kejiranan aku untuk membeli bahan makanan, kerana semua kedai sudah ditutup. Kalau ada kedai runcit pong, barang nye sudah habis kene rompak oleh bebudak nakal. Ketika itu berulah terasa perit kerana terpaksa berjimat-cermat, terutama beras, tepung dan gula. Sayuran pula, keluarga aku bergantung pada tanaman dibelakang rumah, saperti jantung pisang, pucuk ubi, betik muda, pisang muda dan pucuk paku. Lauk pulak kenelah makan ikan masin, ikan bilis atau bilis tamban. Susah masa tu memang lah susah Beb! Lepas tu perintah berkurung di longarkan termasuk kawasan panas saperti Kampung Baru, dan Jalan Chow Kit.

28 June 1969, Kuala Lumpur pulih kembali. Masa ne lah kita boleh dengar istilah "Muhibbah" dan "Khabar Angin". Perintah berkurung pulak telah dikurangkan dari jam 01.00 pagi hingga 04.00 pagi.Tiba-tiba pada hari Sabtu, Satu berita pergaduhan tercetus di Sentul Pasar kerana beberapa pemuda India telah membaling batu ke atas Masjid dan mereka telah menambah penghinaan kepada orang Melayu dengan membaling najis ke dalam kawasan Masjid. Perbuatan provokasi mereka menyebabkan tercetus rusuhan kecil yang menyebabkan kematian lima orang. Penduduk Kuala Lumpur telah mula sedar kiranya kehidupan harian mereka terjejas bererti ekonomi mereka juga terjejas. Tiada guna nyer bermusuhan dengan istilah Darah Bayar Darah - kerana di bandar-bandar besar kebanyakan harta benda saperti bangunan dan rumah kedai di kuasi oleh kaum China..

Setakat ini sajalah yang dapat aku cerita kat kengkawan semua!

Muga menjadi ingatan kepada generasi muda agar tidak berulang teragedi berdarah!


Salam Muhibbah

16hb May 2011



Saturday, May 14, 2011

13 MAY!

Salam Blogger semua!
Semalam adalah Hari Keharmonian Kaum.
Aku ceritakan peristiwa berdarah 13 hb Mei 1969 yang berlaku tiga hari selepas Pilihan Raya Umum. Ketika kejadian tersebut aku tinggal di Gombak bersama keluarga.Masa tu aku masih mentah! Aku hanya dengar cerita dari kawan iaitu kejadian rusuhan berpunca dari sikap sombong dan lupa diri parti DAP dan Gerakan ketika itu.

Petang 12 Mei aku ada keluar rumah bersama kengkawan untuk melihat suasana yang ketika itu bising dengan bunyi hon kereta dan motosikal oleh belia China ( Jinjang Joe) yang sedang berarak melalui Jalan Gombak sambil berteriak "Kapal laya sulah ka-lam, loket sulah naik bulan" dan "Melayu sulah mati". Kumpulan tersebut berarak terus menuju Gombak Utara.

Lepas tu aku dapat perkhabaran iaitu orang-orang Melayu terutama UMNO akan mengadakan satu perarakan sebagai tindak balas kerana orang Melayu Kuala Lumpur sangat marah dengan tunjuk-tunjuk perasaan anti-Melayu dan perbuatan menghin
a Melayu yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Orang Melayu akan berkumpul di rumah Dato'Harun ( Menteri Besar Selangor) di Jalan Raja Muda Kg Baru. Aku dapat tau pemuda dari Gombak terutama dari Persatuan Silat Gayung akan turut serta. Mereka berkumpul dan bergerak melalui Setapak untuk ke Kampung Baru. Ketika di Setapak pemuda-pemuda Melayu telah diserang. Berita pemuda-pemuda Melayu telah diserang, telah menaikan kemarahan orang-orang Melayu yang sedang berhimpun di rumah Dato'Harun. Dua orang China yang melalui jalan tersebut telah diserang dan dibunuh.

Waktu Magrib aku berada dirumah! Ayah tak benarkan aku keluar rumah kerana keadaan semakin tegang katanye. Malam tu aku dapat tau ada pemuda-pemuda Melayu yang diberi selendang merah oleh Uztaz Hj.Dahlan. Kaum India dikejiranan aku ada lima buah rumah. Mereka bersama orang Melayu malam tu berkawal, kerana ada khabar orang-orang China dari Jinjang dan Kepong akan menyerang Gombak.

Pagi 14hb Mei 1969, dapat berita kaum China kononnya dalam perjalanan untuk menyerang Gombak. Diceritkan oleh kawan aku iaitu seorang lelaki apabila mendengar berita tersebut telah melaungkan azan...Ketika itu aku lihat, ayah sedang menajamkan sebatang buluh-mungkin sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Aku lupa pagi 16hb ialah perentah berkurung telah bermula. Aku keluar rumah diam-diam dan menuju ke jalan raya. Aku lihat ramai askar telah berkawal sepanjang jalan Gombak. Kelihatan juga sisa-sisa lori terbakar di tepi jalan. Sehingga jam 1200 tengahari tiada kejadian serangan dari kaum China kerana askar telah berkawal diserata tempat.

Sampai takat ne dulu! Mata dah ngantuk beb...nanti aku sambung! Hehehe...








Wednesday, May 11, 2011

APPLE VS GOOGLE!


London 9 Mei -
Apple berjaya mengatasi Google sebagai jenama paling bernilai di dunia,
sekali gus menamatkan penguasaan selama empat tahun enjin carian Internet itu, menurut tinjauan terbaru oleh ejen si-jenama global, Millward Brown.

Jenama pengeluar iPhone dan iPad itu kini bernilai AS$153 bilion (RM457 bilion) hampir separuh daripada pasaran modal Apple, lapor BrandZ yang membuat tinjauan tahunan ke atas 100 jenama utama dunia.

Daripada 10 senarai jenama teratas, enam daripadanya ialah syarikat teknologi dan telekomunikasi dengan Google berada di tangga kedua(2), IBM ketiga(3), McDonalds naik tangga keempat(4), Microsoft kelima(5), Coca-Cola berada di kedudukan keenam(6), AT&T ketujuh(7), Marlboro kelapan(8), China Mobile kesembilan(9), dan General Electric tempat kesepuloh(10). Facebook turut berada dalam senarai 100 jenama bernilai di dunia dengan menduduki tangga ke 35, dan ejen carian China (Baidu), ditempat 29.

*Reuters.

Saturday, May 7, 2011

CIA LAWAN OSAMA!


Washington : Agensi Perisikan Pusat (CIA) menjadikan sebuah rumah
di Abbotabad, Pakistan sebagai pusat pengintipan terhadap Osama bin Ladin selama beberapa bulan untuk memburu dan membunuh pemimpin al'Qaeda tersebut.

Menurut akhbar Washington Post memetik laporan pihak berkuasa AS, rumah tersebut menjadi markas bagi pengumpulan maklumat risikan yang menggunakan pemberi maklumat rakyat Pakistan dan lain-lain untuk membentuk ' corak kehidupan', potret penghuni dan kegiatan harian di kawasan kediaman dimana Osama dikesan.

Usaha pengintipan dipertingkatkan selepas kawasan itu ditemui Ogas lalu dan mendorong CIA memohon kelulusan Kongres untuk menyusun semula peruntukan dana bernilai berpuluh-puluh juta dolar dari baget agensi lain untuk membiayainya. Antara usaha-usaha yang di jalankan ialah menggunakan teknik pengimejan melalui satelit dan merakam suara penghuni di dalam kediaman tersebut.

Laporan tersebut berkata, rumah intipan itu tidak digunakan semasa serbuan oleh pasukan pembunuh elit AS pada Isnin lalu yang membunuh Osama. "Tugas perisikan telah lengkap dan ia adalah giliran tentera pula untuk menghapuskan sasaran," kata Post yang memetik pegawai AS.

Reuters/AP
Sabtu 7 Mei 2011



Thursday, May 5, 2011

FIXIE DI JAKARTA

Kisah Fixie anak muda di Jakarta, aku ambil dari travelounge, April2011. Begini kisah nya...

" Anak muda Jakarta sedang keranjingan sepeda. Di setiap sudut kota tempat mereka nongkrong, selalu terlihat sepeda dengan warna-warni mencolok sedang bersender. "Hari bebas kenderaan bermotor", yang setiap akhir pekan digelar di sepanjang jalan protokol Thamrin-Sudirman, dipenuhi anak muda bersepeda.

" Dua tahun lalu baru beberapa yang main, kini sudah ribuan. Ada puluhan klub fixie di Jakarta saja,"ujar Vicky Nitinegoro, 27 tahun-artis sinetron pengemar fixie, pendiri klub fixie bernama Fixienk, yang suka nongkrong bersama teaman-tem
annya setipa Rabu malam dan Minggu pagi di seputaran fX Mall, Jalan Jenderal Sudirman, atau di Taman Menteng. Selain Vicky ada pula selebritas lain, yakni Tora Sudiro dan Miss Indonesia 2010 Asyifa Latief.

Kultur bersepeda semakin marak dengan kehadiran fixie. Tak hanya menjadi orentasi gaya hidup sehat dan anti- pemanasan global, ber-fixie kini menjadi bagian gaya hidup pop anak-anak muda Jakarta. Salah satu filosofi para pengemar fixie adalah back to old school, yakni keinginan mengembalikan bersepeda sebagai kegiatan yang murah dan simpel s
eperti pada masa awal kelahiranya, yang menggunakan teknologi sepeda fixie atau sepeda dolltrap".



Travelounge juga bisa dibaca di:
http://issuu.com/travelounge/docs


Sunday, May 1, 2011

PUTERA WILLIAM + CATHERINE


LONDON 30 April - Perkahwinan Diraja Britain memecah rekod apabila ratusan juta pengguna Internet menonton siaran lansung majlis bersejarah itu secara dalam talian, sekali gus menyebabkan berapa laman web mengelami masalah, kata beberapa sayarikat Internet. Perkahwinan antara pasangan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton telah disiarkan secara langsung dalam Youtube keluarga Diraja Britain dan ia merupakan yang pertama disiarkan sedemikian rupa.

Syarikat Internet, Live Streaming yang bekerjasama dengan Association Press (AP), CBS dan Press Association berkata, majlis tersebut memecah rekodnya sendiri apabila lebih daripada 330,300 penonton menonton secara serentak pada satu masa.

Pengendali trafik utama, Akamai telah mengendalikan hampir tiga juta penonton sekali gus memecah rekod 1.6 juta penonton secara talian pada Piala Dunia tahun lepas.

- AFP